Saya berharap dia tidak akan masuk lokap suatu hari nanti kerana mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Bukan itu sahaja, mak pun sudah minta dia memberi sejumlah wang untuk menampung bil dan membeli makanan. Namun, jawapannya selalu menyedihkan. “Tiada wang,”
Aneh, bin Ajaib.
Kalau tiada wang, macam mana boleh keluar?
Pergi ke mana?
Kami di rumah macam mana?
Mahu keluar cari kerja pun tak dibenarkan, entahlah. Nak pergi ke tempat kerja bukannya mudah, selagi lesen kereta belum ada. Saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia. Yang saya tahu, saya nak keluar, sudah banyak kali saya minta untuk ke laut.
Namun, tiada.
Sampai dia buat saya rasa seperti tiada bapa.
Entah mengapa saya teringat kembali kisah lalu di mana waktu kecemasan, adik lelaki saya mengalami sakit perut sehingga tidak boleh bangun lagi. Saya lihat mak membantu dia, mak cemas ketika itu tetapi kata ayah itu tiada apa-apa.
Patutlah pun, ayah ketawa bila cakap pasal Kuasa Minda Separa Sedar.
Sehingga beberapa hari kemudian, dia masih tidak boleh bangun. Nasib baik mak bertindak cepat, bila sampai sahaja ke klinik pakar dari satu klinik ke satu klinik sudah pergi. Doktor kata, “Apendiksnya sudah bernanah.”
Kata doktor, sebab biji cili yang menyumbat di ruang apendiksnya.
Itulah yang berlaku, dan saya sendiri lihat di dalam bekas yang doktor keluarkan. Wallahua’lam.
- Klinik Pakar Keluarga Jitra Jun 2007 (Dia Cemas, Bila Kita Reda)
1947
Catat Ulasan