Header Ads Widget

Bioshifax natural products formulated by Nutritionist
RAWATAN DARAH TINGGI, KOLESTEROL, LEMAK, SALURAN DARAH KERAS/TERSUMBAT/SEMPIT/ARTHEROSCLEROSIS, DARAH PEKAT, LEMAH JANTUNG

Tekanan darah tinggi


Aetiology Penyakit Darah Tinggi

Bacaan tekanan darah yang normal adalah 120 mm Hg (systolic pressure), dan 75 mm Hg (diastolic pressure). Umumnya, jika tekanan systolic tinggi > 130 mm Hg, menunjukkan saluran darah mula mengeras yakni kurang anjal dan terdapat penyempitan oleh plaq kolestrol, lemak dsb pada dinding salur darah.
Jika tekanan diastolic pula tinggi > 85 mm Hg, menunjukkan darah mula pekat (konsistensi bendalir darah yg pekat @ blood fluid rheology) yg menyebabkan aliran darah mula perlahan. Ini disebabkan tingginya kandungan kolestrol jahat LDL dan lemak (triglyceride).  HDL yg berfungsi mengangkut kolestrol LDL pula semakin menurun.  

 Jika tak dirawat & kawal pemakanan, berlaku penyempitan salur darah yg menyebabkan kedua-dua tekanan sistolik dan diastolik meningkat. Lama-kelamaan salur darah semakin sempit & keras serta kurang anjal akibat pengumpulam lemak, kolestrol dan enapan plaq pd dinding salur darah, dan terus meningkatkan tekanan darah. Kemudian beberapa salur darah kecil spt arteriol boleh tersumbat.

Bila kebanyakan dinding salur drh diselaputi oleh plaq, maka tekanan drh memang sukar utk dikawal. Ia sentiasa tinggi walaupun diberi ubat preskripsi yg membesarkan salur drh. Salur drh sudah tidak anjal lagi. Reseptor utk bhn aktif ubat drh tinggi juga sudah diselaputi plaq. Jadi bagaimana ubat nak berkesan.. Inilah punca tekanan drh tinggi tegar yg boleh mencapai lebih 200 mm Hg (tekanan sistolik). Tekanan diastolik pula sentiasa melebihi 100 mm Hg. Maka risiko lumpuh akibat pendarahan di otak akibat salur kapilari pecah atau sumbatan salur kapilari di otak Oksigen tak sampai di otak boleh menyebabkan anggota bahagian berkenaan menjadi lemah dan lumpuh..

Darah yang cair dari segi warna (kurang merah) dan juga kelikatan disebabkan kurang sel darah merah dan/atau hemoglobin dipanggil anemia. Tekanan darah boleh turun rendah drp normal. Bila luka, darah susah keluar pada mulanya atau keluar sedikit sahaja. Kulit terutama bahagian muka kelihatan pucat & tak bermaya. Cepat letih, sukar bernafas, nafas tercungap akibat kurang oksigen, pening pusing / bergoyang, sakit kepala terutama bahagian belakang kepala.

Jika darah berwarna agak gelap & pekat, bermakna darah kurang oksigen akibat edaran darah terjejas oleh darah yg likat, salur darah sempit / tersumbat & faktor psikologi yakni stress. Ia disebabkan paras LDL & lemak / triglyceride tinggi, HDL rendah yg boleh meningkatkan kedua2 tekanan sistolik & diastolik. Darah juga lebih berasid akibat lemak trans sintetik (HVO), pengambilan makanan terproses oleh kilang (highly refined processed foods) yang lebih bersifat asidik (berbanding whole foods yg lebih berserat, mineral, vitamin, berkhasiat nutrisi & antioksidan), kurang mengambil makanan & minuman beralkali spt buah & sayuran segar, makanan yg banyak bhn kimia, mengambil ubatan kimia yg lama, merokok, tekanan emosi dsb. Ini boleh menyebabkan pengumpulan bhn toksik yg berlebihan dlm darah dan seterusnya mengakibatkan sakit2 badan, sakit kepala / migrain / pening, sakit belakang & pinggang, slip disc, lenguh, kebas, tidur tak lena, kelesuan & lemah badan, cepat letih, selalu mengantuk terutama lepas makan & semasa memandu, sakit otot, sesak nafas, nafas tercungap terutama bila naik tangga atau kerja fizikal/senaman, banyak angin, sembelit atau diarea, lemah penghadaman, hilang daya tumpuan, cepat marah dsb.

Darah boleh mengandungi lendir, lemak/berminyak & berbuih bila keadaan ini semakin teruk akibat paras LDL, lemak, bahan toksik/kumuh & keasidan darah yg semakin meningkat. Paras oksigen darah semakin menurun. Molekul radikal bebas yg degenaratif merosakkan sel2, tisu2 dan fungsi organ mula terjejas serta menunkkan tanda2 penyakit.  Salur darah semakin sempit dan boleh terjadi sumbatan. Bekalan darah & oksigen kpd sel, tisu & organ berkurangan serta terganggu. Jika sumbatan  berlaku pd otot jantung & otak, strok boleh berlaku. 

Kesimpulannya , punca utama darah tinggi pd zaman moden ini adalah produk makanan yang diproses spt berikut  :

1. Minyak sayuran terhidrogen (HVO) iaitu majerin, shortening, emulsifier drp HVO spt GMS / diglyceride / monoglyceride, non-diary creamer, butter & Ghee campuran HVO, gantian cocoa butter drp minyak sawit (dlm kebanyakan coklat) dsb adalah punca utama meningkatnya statistik penyakit darah tinggi, lumpuh, heart stroke, penyakit jantung koronari, dan diabetes mellitus type II. Penyakit ini menjadi punca utama kematian kebanyakan negara seluruh dunia. Kebanyakan produk makanan dikilang mengandungi satu atau beberapa bahan HVO diatas spt roti, biskut, kek, pastry, pasta, makanan ringan, coklat, potato chips, roti canai, ayam goreng segera. Sejak terciptanya HVO pd awal kurun 1900 oleh ahli kimia Barat, statistik penyakit-penyakit diatas terus meningkat dari tahun ke tahun.

#Rating penyebab darah tinggi = ******

Nota : rating 6 bintang ini adalah tertinggi yg menjadi punca utama terjadinya (pathogenesis) drh tinggi, artheriosclerosis, drh pkt, hypercholesterolemia, strok  dsb.

2. Daging lembu (terutama lembu yg berumur lebih 2 tahun) juga boleh meningkatkan tekanan darah walaupun orang yg bebas tekanan darah tinggi. Kecuali daging lembu betina berumur kurang 2 tahun yg tak pernah beranak..Walaupun diet seseorang bebas makanan diproses spt HVO dan highly refined processed food, tekanan darah boleh meningkat selepas makan daging lembu. Ini mungkin disebabkan, nutrien, asid amino tertentu & vitamin dalam daging lembu lebih rendah berbanding dgn lamb. Contohnya kandungan asid amino L-carnitine ( agen pengangkut molekul asid lemak pada sel)  dan coenzyme Q10 (meningkatkan pembakaran kalori) paling tinggi dalam haiwan ternakan yg lebih muda spt lamb (anak biri-biri berumur 1 tahun ke bawah). Jadi metabolisma dan pengangkutan lemak serta kolesterol dlm daging lembu lebih rendah atau kurang efisien. Walaubagaimanapun daging lembu tidaklah seteruk minyak HVO (majerin). 
 *Rating penyebab darah tinggi = **


3. Produk daging yg diproses spt burger, nugget, sausage, meat ball yg sangat kurang nutrien serta tinggi bahan kimia, MSG (taste enhancer yg tinggi sodium) dan lemak tepu. Ia juga mengandungi HVO, emulsifier.. Metabolisma dan pengangkutan lemak tepu dlm daging diproses ini sangat tidak efisien.


*Rating penyebab darah tinggi = *****


4. Makanan bergoreng juga boleh menyebabkan modifikasi molekul minyak sayuran terutama jika digoreng pd suhu tinggi 400C (deep fry). Jika berulang-kali minyak ini digunakan utk menggoreng makanan yakni melebihi 3 kali recycle, maka lebih banyak molekul asid lemak trans terbentuk. Lemak yg terdapat dalam makanan sebegini juga sangat rendah metabolismanya dlm tubuh. Nutrien juga hampir tiada. Kesannya spt HVO dan lemak trans hasil proses penghidrogenan minyak sayuran. Minyak goreng recycle juga mengandungi polimer molekul asid lemak, bahan toksik hasil tindakbalas bahan makanan dengan minyak @ molekul asid lemak dan bahan kimia lain pada suhu tinggi dengan kehadiran oksigen. Kebanyakan makanan bergoreng (deep fry) yg dijual seperti pisang goreng, karipap, kerepek, keropok, donat, ayam goreng segera, semuanya menggunakan minyak recycle yg sudah gelap warnanya. Walaupun ia telah ditapis dengan cara tertentu untuk mernjernihkannya kembali, masih recycle ini masih sangat bertoksik yg kaya dgn molekul asid lemak trans, bahan kimia toksik terbitan baru dan polimer. Pencemaran HVO, serta bahan kimia yg terdapat dalam makanan lain jika menggunakan minyak recycle adalah tinggi. Sebab itu kesan negatif drp mengambil minyak recycle ini sama seperti HVO iaitu, migrain, darah pekat, aglutinasi sel-sel darah merah (sel-sel darah merah melekat antara satu sama lain), menjejaskan peredaran darah, menurunkan paras oksigen, kebas anggota, berdebar, sesak nafas, mengantuk pada waktu siang, cepat mencungap (panting / short breath) apabila membuat aktiviti fizikal, hilang daya fokus pemikiran, darah berasid, infeksi kuman, imun menurun. Malah ia boleh menyebabkan resdung, kegatalan, alahan, jerawat, nanah, bisul, kudis. Penyakit eczema boleh terjadi atau meningkatkan simtom eczema, lelah yg sedia ada.. Kulit & kulit kepala sangat berminyak. Gangguan pernafasan waktu tidur juga selalu terjadi yg menyebabkan kerap terjaga dari tidur apabila nafas mula terhenti akibat kandungan oksigen yg rendah. Ia tidak mendapat kualiti tidur lena 'deep sleep' yg secukupnya. Ia mengganggu minda dan mudah mengalami stress. Jika menggoreng menggunakan minyak sayuran yg baru untuk jangka masa yg lama sehingga menjadi hampir hangit makanan tersebut atau minyak bertukar menjadi gelap, juga menyamai minyak sayuran terhiodrogen yg membentuk molekul trans fat serta polimer asid lemak yg mudarat. Jika kita lihat bahagian bawah kuali yg telah diguna sekian lama, terdapat kesan minyak yg sgt pekat, likat dan hitam yg sangat bertoksik pada tubuh yg sangat sukar dicuci..

 #Rating penyebab darah tinggi = *****


5. Daging ayam, kambing atau sebagainya yg dimasak rendang atau serunding. Ini kerana minyak sayuran dan lemak haiwan yg dimasak lama berjam-jam sehingga kering airnya akan meningkatkan suhu masakan melebihi 100-200C. Warna rendang atau serunding akan menjadi semakin gelap. Molekul minyak sayuran dan lemak berubah, dan bioavailabiliti minyak & lemak ini menurun. Ia tak dpt diguna dan dimetabolisma sepenuhnya. Tetapi selepas rendang atau serunding telah pekat (lebih 60% airnya telah hilang), kemudian ia dimasukkan ke dlm oven pada suhu 70-80C utk dikeringkan selanjutnya, maka pembentukan asid lemak trans dpt dielakkan.
 # Rating penyebab darah tinggi  = *


Nota : jika daging lembu digunakan utk membuat rendang, serunding atau produk daging diproses (burger, sausage, nugget) , maka rating penyebab drh tinggi bertambah..


6. Highly refined processed carbohydrate foods spt tepung gandum putih, beras putih, mi kuning, gula pasir putih, konfeksioneri, gula-gula, coklat, biskut, kraker, roti boleh menyebabkan hyperinsulinemia jika menjadi diet harian utama.. Ini seterusnya menjadi insulin resistant dan lemak berkumpul dlm badan. Lihatlah pesakit diabetes type II yg telah menerima suntikan insulin bertahun-tahun lamanya (yg bergantung kpd suntikan insulin semata-mata untuk mengawal paras gula darah), berat badannya berlebihan (obes). Lemang yg dimasak menggunakan pulut & santan juga boleh meningkatkan tekanan darah jika diambil berlebihan oleh mereka yg ada faktor risiko drh tinggi. Indeks glycemik pulut adalah tinggi.
#Rating penyebab drh tinggi = *


7. Bahan kimia, perisa & aditif dalam makanan spt karamel, MSG, yg boleh merangsang kenaikan tekanan darah akibat perubahan tindakbalas biokimia dlm tubuh.  Garam halus refined / sintetik yg hanya mengandungi sodium klorida juga boleh menaikkan tekanan drh kerana ia meningkatkan kepekatan darah..Bioavailibiliti garam halus sintetik sangat rendah berbanding garam asli laut / bukit. Boleh menyebabkan sakit kepala, pening, migrain, loya, denyut jantung & nadi  bertambah. Pengambilan kafein berlebihan juga dpt mengecutkan salur drh yg menaikkan tekanan drh secara jangka pendek.
 #Rating penyebab drh tinggi = *


Tambahan : Punca Penyakit Strok

Antara punca utama stroke pd zaman moden... Bila sakit kepala, terus ambil ubat pain killer (paracetamol adalah nama kimia ubat pain killer OTC yg boleh didapati dgn mudah di kedai2 runcit yg mempunyai byk brand di pasaran).. Paracetamol menghilangkan rasa sakit sedangkan punca sebenar sakit & pening kepala tak diatasi. Iaitu darah mula pekat, berasid, paras oksigen menurun akibat makanan moden yg telah diproses dgn teruknya sehingga menghilangkan hampir semua khasiat nutrien dlm makanan asli wholefoods tersebut. Makanan ini ditambah pula dgn vitamin sintetik & mineral kimia yg sangat kurang bermanfaat kpd tubuh malah memberi mudarat utk jangka masa panjang. Bhn aditif kimia sintetik juga ditambah yg menyebabkan darah semakin berasid bila ia memasukki badan. Tetapi yg sebenarnya ciptaan ahli kimia Barat yg paling mudarat pd tahun 1900 adalah HVO (Hydrogenated Vegetable Oil). HVO inilah yg memberi kesan buruk (adverse) yg amat ketara terutama kpd kepekatan cecair darah, dinding saluran darah. HVO dan minyak goreng recycle adalah punca utama peningkatan paras kolesterol jahat LDL, lemak trans, jumlah kolesterol dlm darah. 

Seterusnya menyebabkan pembentukan plaq pd dinding arteri salur darah, yg semakin hari semakin menebal, sehingga berlaku sumbatan pd arteri. Paracetamol boleh mencairkan darah tetapi tak dpt melakukan proses detoksifikasi darah dan tubuh secara menyeluruh spt yg dilakukan oleh banyak herba dan makanan asli wholefoods.. Paracetamol tiada nutrien utk  membina & memperbaikki sel-sel dan tisu yg rosak/mati spt yg dilakukan oleh sebahagian herba & makanan wholefoods spt halba, jintan hitam, madu yg tinggi kandungan nutrien disamping bhn aktif utk merawat drh tinggi..  Malah paracetamol yg diambil dlm jangka masa panjang boleh menyebabkan dinding salur drh menjadi fragile yakni rapuh. Bila tekanan darah meningkat sehingga 160 ke atas (tekanan semasa jantung mengepam drh), maka salur drh boleh pecah, lalu terjadilah strok jika berlaku pd salur drh otak. Sebenarnya rasa sakit & pening kepala itu adalah mekanisma kawalan otak memberitahu supaya kita membetulkan keadaan drh yg telah berubah itu. Bila selalu mengambil pain killer, kita tak dpt merasai mekanisma sakit itu, dan kita tak membuat pembetulan terhadap pemakanan & rawatan yg sesuai , sehingga keadaan drh dan dinding salur drh menjadi semakin keras, fragile sehingga blh menyebabkan stroke..


 Bolehkah Pesakit Darah Tinggi Makan Daging Kambing?

Bagi orang normal, tiada masalah mengambil daging kambing terutama lamb (bebiri berumur kurang 2 tahun) kerana dinding salur darahnya masih anjal dan tiada enapan plaq. 

Tetapi bagi pesakit drh tinggi, salur darahnya sudah mula mengeras (rigid) akibat enapan plaq. Tambahan pula banyak mengambil makanan terproses yg bersifat asid atau kurang beralkali, tidak mengandungi khasiat wholefoods spt vitamin, mineral, bioflavonoids dan antioksidan. Daging kambing terutamanya lamb (anak biri-biri) mudah dihadam dan diserap ke dalam darah. Ia mengandungi zat yg lengkap utk tubuh termasuk zat utk membina sel darah merah. Jadi pembentukan sel darah merah sangat efisien yg meningkatkan volum plasma atau cecair darah. Sedangkan dinding salur darah tidak berapa  mengembang kerana keras. Ini akan meningkatkan tekanan darah dgn mendadak bg pesakit drh tinggi terutama pesakit yg kronik dan tegar. Ini boleh membahayakan pesakit. 

Jadi, pada permulaan pesakit drh tinggi harus elak ambil daging kambing. Selepas membuat rawatan pembersihan salur darah (dgn herba dan pemakanan) dan tekanan sudah kembali normal, baru boleh ambil daging kambing.

 Kalau rawatan dgn ubat hypotensive hospital (ubat darah tinggi yg dipreskripsi oleh doktor yakni drug) semata-mata, walaupun tekanan menjadi normal, pesakit masih tak digalak makan daging kambing. Ini kerana salur darah masih diselaputi plaq. Ubat hypotensive hanya bertindak membesarkan salur darah. Yang mana ubat drh tinggi ini semakin lama semakin tak berkesan jika HVO masih diambil. Walaupun makan ubat pencair darah spt aspirin dsb. Dinding salur semakin teruk diselaputan enapan plaq.

Sebenarnya daging kambing terutama lamb (lean meat yg kurang lemak tepu pejal) tidak meningkatkan kolesterol dan lemak darah. Ia meningkatkan kolesterol baik HDL serta membantu menstabilkan tekanan darah. Kerana zat & nutrien dlm daging kambing lamb berada pd tahap optimum yg  sgt efisien dlm metabolisma pembakaran kalori lemak. Lemak & kolesterolnya tidak menyebabkan enapan plaq pd dinding salur darah. Kolesterol dan lemaknya diangkut ke sel-sel dan digunakan  sepenuhnya. Dengan syarat makanan yg diambil seharian bebas lemak sayuran HVO, baru tekanan darah sentiasa stabil walaupun makan daging kambing.


Lagipun kandungan kolesterol & lemak tepu dalam daging kambing khususnya lamb (bebiri berumur kurang 2 tahun) lebih rendah drp daging lembu. Lebih spesifik, daging bahagian kaki hadapan (paha) yg terbaik, kemudian kaki belakang (paha), kemudian tulang rusuk. Daging pada bahagian yg menjauhi kepala dan perut lebih baik drp bahagian yg dekat dgn keduanya. Kerana lemak & kolesterol lebih tertumpu pada bahagian yg mendekati kepala & perut, seperti daging pada bahagian bahu (shoulder) mengandungi banyak lemak tepu. Organ dalaman juga tinggi kandungan lemak & kolesterol spt hati, limpa, ginjal, otak, usus, jantung. Bahagian ekor juga lebih tinggi kandungan lemak & kolesterol.

Jadi bagi mereka yg berisiko mengalami darah tinggi & pesakit darah tinggi, cuba elakkan organ dalaman dan bahagian daging yg mengandungi banyak lemak seperti shoulder / bahu, kepala, usus / perut, ekor.

Juga, daging kambing lamb yg berasal dari Australia lebih banyak lemak berbanding daging lamb New Zealand. Daging lamb New Zealand juga lebih bermutu. Ini mungkin disebabkan faktor kualiti makanan yg diberi, varieti / jenis kambing yg diternak dsb.

Cara masak daging kambing juga penting. Masakan terbaik adalah rebus atau stim. Jika dibuat barbeque atau panggang yg tidak berlebihan, boleh juga spt 'half done'. Jangan dipanggang  sampai jadi kehitaman, hangit dan hilang jus dagingnya sehingga daging menjadi kurang bermanfaat kpd tubuh bila dimakan.

Daging yg dimakan bersama nasi minyak atau nasi beriani juga tidak elok utk kesihatan lebih-lebih lagi menggunakan majerin, minyak sapi atau butter campuran HVO. Daging kambing yg dimasak gulai atau kari yg pekat dgn santan kelapa juga tidak menyihatkan  Kerana berlebihan dos dalam mengambil lemak tepu asli & kolesterol juga memudaratkan kesihatan.

Bacaan tekanan darah

Lemak tepu haiwan asli VS minyak sayuran terhidrogen HVO

Butter susu asli VS majerin, krimer non-diary, krim HVO, lepa susu HVO

Lemak tepu asli spt butter susu asli (yg kaya short chain fatty acid yakni butiric acid 4% yg sgt bermanfaat itu), minyak ghee asli, susu lembu segar, minyak kelapa (kaya MCT), santan kelapa (kaya MCT), minyak kelapa sawit asli  (penuh nutrien, antioksidan, vitamin E) sangat berbeza dgn minyak sayuran terhidrogen (termasuk juga minyak goreng recycle yg kaya trans fat )atau dipanggil juga man made fats, bad fats atau minyak sayuran semi-sintetik.

HVO dan minyak goreng recycle akan meningkatkan tekanan drh, kepekatan drh, serta membentuk enapan plaq pd salur drh. Sebaliknya lemak tepu asli tidak menyebabkan perkara ini berlaku jika diambil secara sederhana, proses penyediaan yg sederhana serta diet seharian bebas HVO.

Pantang HVO, semua lemak tepu asli boleh diambil. Ambil HVO, satu-persatu lemak tepu asli tak boleh diambil. Doktor akan nasihat 'makan sayur dan buah sahaja lah'.

Majerin tak akan dihurung oleh binatang, semut, lipas, tikus, cicak. Sebaliknya butter susu asli penuh dihurung semut, dimakan oleh tikus, lipas dsb. Tengoklah bagaimana haiwan pandai memilih makanan yg bermanfaat.

Itik yg diberi makan nasi minyak Ghee HVO atau majerin atau butter campuran HVO akan lumpuh. Begitu juga dgn ayam yg diberi biskut yg ada majerin dan karamel akan menjadi lemah dan moyok. Jika anak ayam diberi makan ada majerin, boleh menyebabkan kematian dlm beberapa hari sahaja..

Bagi orang normal yg tidak mengambil HVO dan minyak goreng recycle, pengambilan lemak tepu asli secara sederhana mengikut keperluan tubuih, tidak akan meningkatkan tekanan darah atau menjadikan darah pekat. Kemungkinan LDL meningkat sedikit, tetapi HDL juga meningkat utk mengangkut LDL utk dimetabolismakan. Lemak tepu asli yg disediakan atau diproses secara sederhana (tanpa suhu tinggi), yg tidak merosakkan struktur asal asid lemak spt masakan stim, rebus, reneh, sangat bermanfaat pd tubuh. Ia dimetabolisma dan digunakan serta dikumuhkan sepenuhnya. Sebab itu kita rasa ringan , bertenaga dan badan agak panas sedikit tapi berpeluh.

Tetapi bg pesakit darah tinggi, lemak tepu asli perlu dikurangkan seminima yg mungkin. Ini kerana dinding salur darahnya sudah mengeras akibat enapan lemak dan kolesterol pd dinding salur darah.

Kadar HDL per Total Kolesterol  bg kebanyakan  pesakit drh tinggi, artheriosclerosis, drh pekat juga biasanya lebih rendah menyebabkan ia tidak sesuai makan lemak tepu asli. Kerana lemak tepu asli juga meningkatkan LDL.

Untuk reverse keadaan pesakit drh tinggi ini, ia perlu :

1. Elak HVO serta minyak goreng recycle sepenuhnya. Seeloknya makanan disediakan secara merebus, kukus, dibakar, dipanaskan tanpa minyak atau menggunakan minyak yg sedikit utk mengelakkan makanan drp melekat pada alat memasak dlm tempoh yg sederhana. Minyak sayuran spt minyak zaitun extra virgin, VCO elok diambil secara mentah tanpa pemanasan spt salad dressing, renjisan pd makanan.
2. Membersihkan darah drp LDL, lemak HVO : wholefoods & herba, cuka epal.
3. Membersihkan  dinding salur drh drp plaq.: wholefoods, antioksidan, halba, minyak zaitun extra virgin, minyak kelapa dara, soluble fiber, cuka peraman buah, susu masam / yoghurt..
4. Mengalkalikan darah dgn makanan wholefoods, sayur dan buah, bijirin asli.
5. Meningkatkan  HDL dan menurunkan total kolesterol & LDL : wholefoods, minyak kelapa dara, omega-3, minyak zaitun extra virgin..
6. Menguatkan dinding salur darah supaya lebih elastik : vitamin C & bioflavonoids dlm kurma merah, goji, berry, buah warna terang

Selepas melakukan 'pembersihan darah & dinding salur drh' ini beberapa minggu atau beberapa bulan bg pesakit tegar, tekanan drh kembali normal dan dinding salur drh bersih drp plaq, baru lemak tepu asli boleh diambil secara sedikit demi sedikit sambil memantau tekanan drh.



Bagaimana herba bertindak menurunkan darah tinggi

1. Menggalakkan peredaran darah dgn mencairkan darah spt halia, jintan hitam, halba, bidara, kurma merah. Halia mengandungi asid salicylic yg mencairkan darah.

2. Serat terlarut spt halba, rumpai laut, oat & barli (beta glucan). Carrageenan dlm rumpai laut mengikat kolesterol dan lemak dlm darah utk diangkut dan dimetabolismakan.

3. Menurunkan paras kolesterol jahat LDL serta meningkatkan kolesterol baik, HDL. Kebanyakan herba & makana wholefoods bersifat begini.

4. Melarutkan lemak dan enapan plaq pd dinding salur darah. Tindakan ini adalah gabungan enzim, vitamin B kompleks, vitamin E, asid organik, asid lemak perlu spt omega 3, dan faktor phytonutrien lain. Herba ini juga dapat membersihkan darah serta menyingkirkan selaput lemak trans (HVO) & lemak tepu pd sekeliling sel darah merah. Kebanyakan herba, ulaman, wholefoods mempunyai ciri ini. Tapi herba yg paling kuat dpt melarutkan dan membersih darah adalah cuka epal (cuka peraman buah dsb), lemon, halba, minyak omega 3, minyak zaitun extra virgin (cold press), minyak kelapa dara (cold process @ peraman), susu masam @ yoghurt, kefir.

5. Kandungan anti-oksidan spt bioflavonoids & vitamin C dalam herba dan makanan wholefoods yg berwarna terang spt kurma merah, goji, berry. Ia menjadikan dinding salur darah elastik @ anjal dan kuat yakni tidak rigid & fragile. Jadi sistem kardio-vaskular menjadi sihat dan kuat serta menstabilkan tekanan darah.

6. Membesarkan salur darah (mengandungi bhn aktif vasodilator) spt daun durian belanda, bidara, jintan hitam, mahkota dewa, hempedu bumi, mengkudu dsb.

7. Menjadikan salur darah berada dlm keadaan 'relax' yg menurukan tekanan darah.

8. Meningkatkan kandungan nitric oxide yg semulajadi dlm darah. Ini dpt meningkatkan peredaran darah dalam salur halus kapilari dan salur darah lain.

9. Kandungan nutrien yg banyak dan pelbagai dalam makanan wholefoods dan herba termasuk semua asid amino perlu, asid lemak perlu, oleic acid, mct,  vitamin B kompleks, pelbagai mineral & unsur surih mineral, pelbagai anti-oksidan, karbohidrat kompleks, serat makanan dpt menstabilkan tekanan darah.
  
Herba yg berkesan utk merawat darah tinggi

1. Daun durian belanda / soursoup leaf : Paling berkesan menurunkan tekanan darah tinggi kerana ia agen vasodilator (membesarkan salur darah) yg kuat. Jadi utk pesakit jantung, pesakit kronik terlantar yg lemah, tekanan darah rendah & anemia perlu hati-hati kerana ia menurunkan denyut jantung. Jadi dos yg sesuai sangat penting. Kekerapan pengambilan perlu dikurangkan. Begitu juga dgn kombinasi herba penyeimbang dpt mengurangkan kesan sampingan ini. Badam, biji gandum, beras perang / parboiled rice & sup ayam kampung dapat mengurangkan kesan sampingan mengambil daun durian belanda.

2. Mahkota dewa : Juga berkesan merawat darah tinggi. Dos : 1-2 hiris mahkota dewa yg telah dikering direndam dalam satu cawan air panas. Tambah madu Wescobee / Capilano. Minum.

3. Halba / fenugreek : Walaupun lembut tindakannya, halba agak berkesan kerana dose-dependant. Halba boleh diberi dalam dos yang tinggi spt 25 gm sehari utk sebulan tanpa kesan sampingan. Halba dapat membersihkan dinding salur darah yg sempit akibat plaq kolesterol & lemak.

4. Cuka epal, cuka kurma, cuka nipah atau cuka peraman. Juga berkesan melarutkan plaq kolesterol & lemak pd dinding salur darah. Makan 2 sudu besar yg dibancuh air mineral  dan madu Wescobee 3 kali seminggu.

5. Jintan hitam / Nigella sativa. Jika diambil jangka masa panjang dapat menurunkan darah tinggi yg tegar sekalipun. Sebaiknya dicampur dengan halba, halia, kunyit, daun beluntas.


 6. Daun beluntas

  7. Mengkudu besar (buah & daun)

   8. Daun bidara & buah kurma merah/bidara : Berkesan merawat darah tinggi serta migrain atau sakit kepala yg selalu dialami oleh pesakit drh tinggi. Tetapi tidak boleh diambil setiap hari kerana melemahkan badan. Seminggu ambil 2-3 kali. Seeloknya dicampur jintan hitam dan halba.

Nota : Daun durian belanda, daun bidara, buah mahkota dewa, dan cuka epal tidak seharusnya dicampur sekali kerana kesan sampingan yg terlalu kuat. Jintan hitam dan halba adalah herba penyeimbang yg sesuai utk semua herba diatas jika gabungan herba ingin dibuat. Ia akan meningkatkan kesan menurunkan tekanan drh tinggi dgn lembut tanpa kesan sampingan (lemah badan, hoyong/dizzy/pening).


 Makanan yang perlu dielak / dikurangkan

 1. Minyak sayuran terhidrogen: majerin, butter minyak sayuran, lelemak sayuran (shortening), krimer bukan tenusu, krim, minyak sapi dicampur minyak sayuran, susu pekat manis, susu tepung mengandungi minyak sayuran.

2. Makanan yang ada minyak sayuran terhidrogen: kek, kuih / roti / biskut yang ada majerin, roti canai, nasi minyak, karipap, puff, coklat, potato chips, makanan segera, makanan ringan, makanan bergoreng yang rangup, serbuk kopi campuran, kopi segera 3 in 1, kopi all in one, kopi herba/kesihatan mengandungi krimer bukan tenusu, minuman berperisa coklat/malt mengandungi krimer .

3. Kurangkan penambah perasa makanan seperti kicap, sos.

4. Kurangkan garam, MSG yakni serbuk perasa, makanan masin, ikan masin, ikan / buah / sayur jeruk yang tinggi kandungan garam, makanan ringan, makanan yamg mengandungi bahan kimia/pengawet/perasa/pewarna yang tinggi.

5. Kurangkan makanan bergoreng & lemak, telur, organ dalaman ayam/daging, seafoods (ketam, udang, ikan bilis, sotong).

6. Jangan guna minyak goring lebih daripada 2 kali recycle. Elakkan membeli makanan yg sudah siap digoreng (penggunaan minyak recycle)

7. Elakkan daging lembu, lemak dalam daging, daging kambing, kulit ayam.

8. Kurangkan ambil makanan diproses (highly refined foods) iaitu gula/tepung/beras putih , junk foods. Ganti dengan whole foods spt gula merah, gula melaka, tepung atta, tepung gandum whole meal, bijirin penuh, beras perang, beras rebus/parboiled, biji gandum, barli, rolled oat, minyak karotino, minyak zaitun extra virgin.



Makanan yang digalak

1. Buah, ulam dan sayur perlu diambil setiap hari 3 hidangan. Digalakkan makanan yang tak diproses/whole foods  yang kaya khasiat antioksidan, nutrient, mineral, serat, phytonutrient asli.
2. Makanan berserat wholefood seperti bijirin penuh, beras perang, beras rebus / parboiled rice, tepung gandum atta, tepung suji, biji gandum, biji barli.
3. Kekacang: kacang hijau, pulut hitam, kacang soya, dhal, kacang buncis, pea, kacang kuda
4. Sumber protein: ikan dan ayam kampung / organic.
5. Minum susu penuh krim / susu lembu asli dihadkan kepada 1 cawan selang sehari.
6. Bagi pesakit darah tinggi kronik yang tegar, boleh minum air limau nipis @ kesturi / asam jawa / cuka epal (1 sudu kecil/besar) 2 kali seminggu.
7. Lebihkan minum air kosong beralkali seperti air bukit, air bertapis, air telaga.



Rawatan (cadangan)

a). Pagi: Teh Durian Belanda Klasik / Teh Misai Kucing Plus / Teh Mahkota Dewa  - setengah sudu Teh Durian Belanda direndam dalam 1 cawan air panas, ditapis & diminum 3 hari berturut-turut. Selepas itu, minum  2-3x seminggu.  

b). Tengahari, petang, malam : Diakol Plus - 2 biji 2-3x sehari untuk 3 hari berturut-turut. Selepas itu, jika tekanan semakin stabil, kurangkan dos kpd  2  biji 1-2x setiap hari. Pada hari mengambil Teh Durian Belanda / Teh Bidara, kurangkan dos Diakol kepada 1-2 biji sehari. Digalakkan Diakol Plus diambil secara alternate day yakni selang-seli setiap hari dengan Teh Durian Belanda/Teh Bidara/Teh Misai Kucing Plus/Biosidr Drop.

c). Malam: Minyak zaitun extra virgin / VCO : 1 sudu teh / besar sehari. Boleh juga dibuat ditambah dalam makanan sebagai seasoning.

d). Nutrisauda Honey/ Madu Yemen/ Madu Tualang/ Madu Asli: 1 sudu besar setiap hari, dibancuh air suam.


* NOTA:

1. Selepas darah tinggi/kolesterol stabil, kurangkan dos dan kekerapan pengambilan Diakol Plus kepada 2 biji  2-3 x seminggu. Manakala Teh Bidara/Teh Durian Belanda boleh diambil bila perlu sahaja. Minyak zaitun perlu ambil setiap hari walaupun dah stabil.

2. Semasa kena serangan sesak nafas, sakit dada disebabkan peredaran darah/oksigen ke jantung terganggu: Ambil Madu Bidara setengah hingga 1 sudu kecil. Selepas 10 minit, ambil Madu Yemen/ Nutrisauda Honey/ Madu Asli  1 sudu besar + air suam. Selepas 10 minit lagi, ambil Minyak Zaitun extra virgin 1 sudu kecil. Sapu dengan menggosok secara lembut & perlahan menggunakan Gel Multipurpose/Minyak Bidara pada dada, belakang, lengan, perut, tapak kaki/tangan, betis, tengkuk, sepanjang tulang belakang, kepala ( sapu dgn Gel  Multipurpose).

3. Untuk pesakit jantung, lemah jantung : Ganti Teh Durian Belanda  dengan Teh Misai Kucing/ Teh Mahkota Dewa / Teh Bidara.

4. Untuk pesakit darah tinggi, bila sakit kepala. bahu & tengkuk, urat tengkuk/ bahu tegang : Ambil Teh Durian Belanda. Selepas 20 minit, ambil minyak zaitun 1 sudu besar. Minum air suam. Sapu Gel Multipurpose/ Minyak Bidara pada tengkuk, bahu, kepala, tapak kaki, betis, lengan.

5. Bagi pesakit 3 serangkai yakni darah tinggi, jantung & diabetes yang mengambil ubat hospital, insulin dsb: Ambil Diakol Plus pada kadar yang minimum cukup utk menstabilkan gula & tekanan darah seperti 1-3 biji sehari. Sentiasa pantau gula & tekanan darah agar tidak terlalu rendah atau tinggi daripda paras normal. Beransur-ansur kurangkan dos ubat hospital bila gula & tekanan darah semakin turun ke paras normal. Disamping itu tingkatkan dos Diakol Plus beransur-ansur.

6. Untuk jantung berlubang, pesakit jantung yg lemah, masalah injap jantung yg mengakibatkan tekanan darah rendah, badan lemah, pucat, kurang oksigen dalam darah: Ambil Madu Bidara setengah sudu teh 1x, Nutrisauda honey 1 kecil/sudu besar 1-3x sehari, Nutrishifax setengah sudu teh 2x, Nutrifud setengah sudu teh /1 kapsul  2-3x, Minyak Zaitun Extra Virginsetengah sudu teh 1x sehari.

Keywords:

tekanan darah tinggi

tekanan darah

ubat tinggi darah

bacaan darah tinggi

turunkan darah tinggi

darah putih tinggi

petua darah tinggi

makanan untuk darah tinggi

kesan darah tinggi

penyakit darah tinggi

kencing manis

darah rendah

sel darah putih tinggi

bacaan tekanan darah

kurangkan darah tinggi

cara turunkan darah tinggi

cara menurunkan darah tinggi

kolesterol tinggi

tekanan darah tinggi normal

simptom darah tinggi

tekanan darah normal

bacaan normal darah tinggi

petua turunkan darah tinggi

bacaan darah tinggi normal

darah tinggi naik

cara menurunkan darah tinggi tradisional

ubat darah tinggi yang paling berkesan

tekanan jantung normal

petua turunkan darah tinggi dengan cepat

Post a Comment