Banyak kaedah rawatan penyakit telah dicipta oleh manusia. Pada zaman moden ini, macam-macam kaedah rawatan dihasilkan seperti perubatan konvensional moden (allopathy), homeopathy, homeopuncture, kaedah aliran tenaga & gelombang, ozon, detoksifikasi usus & darah, purging, hydrotherapy, nutritional therapy dan bermacam-macam lagi yang kita dengar. Setiap masyarakat memang telah wujud cara tersendiri merawat penyakit sejak zaman dahulu lagi. Ini termasuk perubatan Unani, Ayurvedic, perubatan herba China yang ada dicatat dalam buku kaedah rawatan masing-masing. Penggunaan herba dan makanan telah diguna dalam perubatan tradisional oleh setiap masyarakat secara turun-temurun berdasarkan pengalaman, pemerhatian yang berulang-kali berlaku tanpa direkodkan secara resmi.
Semua kaedah rawatan memberi kesan terapeutik tertentu kepada pesakit samada cepat, lambat dan ada yang tidak berkesan. Tidak kurang juga ada kesan sampingan (adverse effects) yang berlaku akibat kecuaian manusia, dos berlebihan, pengambilan berterusan dalam jangka masa panjang walaupun dos yang diambil kecil, kontraindikasi ubat dengan penyakit / simtom, gabungan herba yang kurang sesuai.
Setiap individu juga berbeza daripada segi konstitusi tubuh, 'genetic make-up', tahap emosi & mental, tabiat & tingkah-laku, cara hidup, diet yang menyebabkan seorang memberi respons lebih sensitif daripada yang lain. Manakala ada individu yang tidak menunjukkan tindak balas sama-sekali terhadap sesuatu rawatan.
Jadi timbul pula persoalan apakah kaedah atau sistem perubatan terbaik untuk merawat dan mencegah penyakit..? Dalam perubatan Unani, kesihatan adalah keseimbangan unsur-unsur dalam badan. Penyakit adalah disebabkan ketidakseimbangan salah satu unsur-unsur ini samada berlaku berlebihan atau berkurangan. Jadi rawatan mestilah cuba mengembalikan keseimbangan ini.misalnya panas dengan sejuk, basah dengan kering. Para doktor perubatan Unani akan mendiagnos dan mencirikan (characterize) simptom-simptom penyakit yang ditunjukkan oleh pesakit terhadap nadi, air kencing, najis, lendir, air liur, discaj dsb. Kemudian ubat (herba, mineral, haiwan) yang dapat mengembalikan keseimbangan tubuh pesakit diberikan. Bahan ubat dalam sistem Unani diambil daripada bahan herba segar atau kering (whole crude herbs), whole crude extract (aqua). Bahan ini mengandungi pelbagai bahan aktif dan tak aktif dalam amaun yang sedikit. Jadi kesan terapeutiknya biasanya lebih perlahan tetapi mengakibatkan kesan sampingan / toksik yang minimum.
Perubatan moden juga mengambil langkah yang sama tetapi lebih saintifik untuk merawat pesakit. Misalnya antibiotik untuk membunuh kuman dsb. Tetapi perubatan moden fokus terhadap penggunaan ubatan yang kuat (suppressive agent or drugs) untuk merawat penyakit. Ubat yang menggunakan bahan aktif tunggal sintetik pada tahap dos tinggi (megadose single active synthetic compound) inilah yang merosakkan sel-sel sihat dan sistem imun yang mengakibatkan kesan sampingan jika diambil dalam jangka masa panjang dan tidak terkawal. Setengah orang, pengambilan dos pertama walaupun sedikit yakni kurang daripada dos yang disyorkan oleh doktor terus menimbulkan kesan adverse yang teruk. Bahan ubat dadah ini sangat kuat kesannya kepada sel-sel dan organ. Ia terus bertindak pada sel sasaran, reseptor dan organ yang hendak 'dirawat'. Ia tidak merawat punca penyakit (root cause), sebaliknya memberi kelegaan sementara. Ubat dadah ini bersifat toksik, asidik yang boleh merosakkan banyak organ jika diambil berulang-kali.
Contohnya agen hipoglycemic dan suntikan insulin untuk merawat diabetes. Ia dapat menurukan gula dengan cepat apabila ia bertindak dengan reseptor sel. Tetapi lama-kelamaan apabila reseptor membran sel semakin sedikit yang tersedia untuk berkonjugat dengan molekul insulin akibat kerosakan membran sel yang tak dirawat, maka suntikan insulin semakin tak berkesan. Inilah yang terjadi dalam Diabetes type 2 yakni insulin resistant. Tiada ubat dadah yang dapat merawat membran sel agar reseptor insulin kembali utuh.
Hanya dengan pemakanan wholefoods yang asli dan herba tertentu (seperti halba, jintan hitam, delima, kayu manis, peria katak, epal hijau, cuka buah, lemon, bilberry, bidara, flaxseed, minyak omega-3) yang dapat membersihkan darah, membersihkan molekul HVO (hydrogenated vegetable oil spt majerin, non-diary creamer, lepa susu bercampur HVO, emulsifier, krim berasaskan minyak sayuran terhidrogen) atau semi-sintetik trans fat daripada darah, fungsi membran sel dapat dikembalikan secara optimum.
*Nota: HVO adalah punca utama pelbagai masalah kesihatan manusia zaman moden yakni sejak mulanya tercipta majerin di negara Eropah pada awal tahun 1900 untuk menggantikan butter susu dan lemak binatang asli. Ia adalah punca kepada penyakit diabetes type 2, darah tinggi, strok, lemah jantung & penyakit jantung koronari, darah pekat, kolestrol, artheriosclerosis, central obesity, pengerasan dinding salur darah, fatigue dsb. Sila rujuk artikel blog saya yang khusus membicarakan hal ini iaitu 'Kencing Manis Type 2'.
Kedua, insulin resistant dapat dirawat hanya dengan pengambilan makanan karbohidrat yang tak diproses dengan teruk iaitu whole grains, whlemeal flour seperti beras rebus parboiled, tepung gandum atta, beras perang, kekacang, biji gandum yang tak di'polish', biji barli asli, gula molasses, gula merah tebu asli (jaggery cane sugar), gula organik, gula nipah, madu lebah asli dsb.
Ketiga, bahan makanan wholefoods dan herba mengandungi semua zat, vitamin, mineral, anti-oksidan dan pelbagai faktor phytonutrien yang sememangnya diperlukan oleh tubuh dalam mengoptimumkan metabolisme karbohidrat. Bukan hanya insulin sahaja diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme karbohidrat & gula, tetapi keseluruhan faktor-faktor pemakanan seperti B kompleks, mineral termasuk unsur surih diperlukan.
Dengan pemakanan wholefoods dan herba, kesan keracunan ubat dadah sintetik ini dapat dikurangkan atau dibuang dengan cara berikut:
1. Mengalkalikan darah
2. Antioksidan yang terkandung dalam wholefoods / herba dapat meneutralkan radikal bebas dalam tubuh.
3. Mengoptimumkan fungsi organ perkumuhan seperti hati, buah pinggang, sistem limfa, paru-paru, bowel movement, kulit dsb untuk menyingkirkan bahan toksik dadah ini.
4. Bahan bioaktif dalam herba dapat meneutralkan sebahagian bahan kimia dadah contohnya asid betullinic dalam buah dan daun bidara.
5. Meningkatkan peredaran darah untuk mempercepat penyingkiran bahan toksik kimia dengan berkesan.
Catat Ulasan