Header Ads Widget

Bioshifax natural products formulated by Nutritionist


 Darjah bintang kmudaratan myk n lemak bdasarkan amaun peroxide,  trans fat serta proses RBD or hydrogenation..  spy senang jd rujukan utk kite amal.. Myk mne nk tekan lbh dielakkan. Myk mana yg blh diambil sdikit2 bgantung kpd umor, pykit metabolik yg dhidapi, genetik metabolik sindrom + keradangan +  status pnyerapan vit B komplex + paras CoQ10 tubuh +  paras protective antioxidant enzyme glutathione dlm bdn 👇👇👇


Dari segi darjah bintang kmudaratan myk n lemak adalah spt berikut..

Lagi banyak bintang lagi mudarat yg blh mnyebabkan gangguan metabolik.. :



1. Tiada bintang ( ).

Butter n ghee asli 100%, myk zaitun extra virgin, myk kelapa dara VCO, red palm oil, myk kelapa tanak, santan kelapa asli.... bmkne bebas bhn mudarat i.e peroxide n trans fat... Inilah lemak haiwan n myk sayuran sihat bebas bhn molekul mudarat..

Tinggi khasiat nutrien alami spt antioksidan,  vitamin E, A, CoQ10, squalene, phytosterols, polyphenols serta pelbagai mikronutrien lain..

Mengandungi komponen asid lemak sihat yg blh boost metabolisma sel serta merawat gangguan/penyakit metabolik i.e :

  Lauric acid, sterols n
  phenolic compounds
  dlm VCO, myk kelapa
  tanak, santan kelapa.

  Butyric acid, CLA,
  omega -3, lauric acid,
  vitamin B komplex,
  minerals dlm butter,
  susu & ghee.

  Oleic acid n vit E n
  polyphenols dlm EVOO
  & RPO

Proses memerah dan menapis secara fizikal. Tiada bhn kimia digunakan dlm proses mhasilkannye.
Pemanasan yg sedikit  dgunakan utk mbuat Ghee, myk kelapa tanak dan sebahagian produk myk kelapa dara..


2. Satu  bintang (*).

Minyak kelapa utk memasak (CCO) via proses deodorization shj tanpa melalui chemical refining & bleaching.
Contoh : Minyak kelapa Medella..

Mengandungi kadar peroxide paling rendah di kalangan semua jenis myk sayuran utk memasak @ RBD vegetable cooking oil..


3. Dua bintang (**).

Minyak kelapa utk memasak (CCO) yg mengalami proses RBD i.e strong chemical refining, bleaching, deodorization..

Mengandungi peroxide yg masih rendah.
Semua CCO selain Medella coconut oil adalah dlm kategori RBD oil ini..

4. Tiga bintang (***)

Minyak masak kelapa sawit yg baru cecair sepenuhnye.
Dlm packing botol..
Mengandungi sedikit peroxide dan trans fat.
Diproses secara RBD.
Tiada or sgt rendah kndgn nutrisi dan antioksidan alami..

Apabila mknn digoreng deep fry menggunakan myk sawit ini, maka bertambah molekul peroxide n trans fat dlm myk tersebut dan yg mnyerap/mlekat pd mknn. Semakin lama n tinggi suhu minyak yg digoreng smakin byk molekul teroksida terbentuk..

5. Empat bintang (****)

Myk masak sayuran polyunsaturated RBD spt soya oil, myk jagung, canola oil, myk sunflower..
Mengandungi peroxide dan trans fat lbh tinggi drp myk sawit RBD..
Mudah dioksidakan bila terdedah, lebih-lebih lg bila dimasak or dipanaskan.

6. Lima bintang (**** *).

Non hydrogenated  vegetable shortening/fat  @ stearin mcm majerin Adella keluaran FELDA yg berasal drp myk sawit RBD.

Majerin stearin dihasilkan drp myk kelapa sawit RBD via proses pengasingan fizikal tanpa proses penghidrogenan, pemanasan, bhn kimia..

Bbrpe brand prdk mknn spt biskut JACOB & ROTI GARDENIA dah mula gune lemak sayuran non hydrogenated ni..

Mengandungi sedikit peroxide n lemak trans.
Tetapi mngandungi komposisi triglyceride asid  lemak tepu berantai panjang C16 dan C18 yg tinggi yg tidak alami dari segi  komposisi lemak tepu vs lemak tak tepu.. Kandungan monounsaturated dan polyunsaturated fatty acid  yg rendah jg blh mengakibat gangguan metabolik..

7. Enam bintang (**** **)

Hydrogenated vegetable oil yg dbuang trans fat diakhir proses penghidrogenan myk sayuran mcm Naturel n Planta Soft n kebanyakan refrigerated table spread / margarine lembut yg disimpan-sejuk..

Peratus trans fat antara 0.1% - 1.0% bergantung brand. Walaupun pengilang isytihar kandungan trans fat sifar pd label.


8. Tujuh bintang (**** ***)

Butter or Ghee tiruan atau campuran dgn myk sayuran terhidrogen. Mengandungi peratus trans fat yg lbh rendah drp majerin bermutu rendah (trans fat tidak disingkirkan).

Peratus trans fat dlm butter/ghee campuran ini bgantung kpd peratus lemak terhidrogen yg terdapat dlm produk tersebut.
Ayam goreng segera komersial jg termasuk dlm kategori ini kerana ada lapisan trans fat drp HVO yg bercampur dgn myk sawit RBD..

9. Lapan bintang
(**** ****)

Hydrogenated vegetable oil yg bmutu rendah yg ade kandungan trans fat yg tinggi mcm Planta Margarine yg biasa dlm tin n container dan majerin yg timbang, non diary creamer mcm dlm minuman 3 in 1 dan coffee mate, vegetable shortening utk buat kek n roti n biskut...

Peratus trans fat:
10% - 30% bergantung kpd teknologi proses dan brand produk majerin/non-diary creamer/vegetable shortening..

10. Sembilan bintang
(**** **** *)

Myk masak yg telah dgune utk  mgoreng  mknn beberapa kali ykni lebih drp 3x gorengan  smpi jd gelap myk goreng tu....

Myk goreng recycle ini mngandungi trans fat yg agak tinggi jg bergantung kpd suhu pemanasan, tempoh pemanasan sewaktu menggoreng mknn, amaun garam dlm makanan, amaun air dlm mknn  semasa menggoreng serta jumlah kitaran menggoreng yg dilakukan..

Disamping itu asid lemak teroksida dan bhn toksik lain jg byk terbentuk i.e peroxide, bhn keton, glysidol dan 3-MCPD, mokekul baru hasil penguraian rantai molekul triglyceride/minyak dsb..

Myk recycle ni plg mudarat dlm semua jenis myk..

Nota : Ayam goreng  segera komersial lebih mudarat drp mknn yg digoreng di rumah menggunakan myk sawit RBD yg baru kerana minyaknye ada campuran lemak terhidrogen yg mngandungi trans fat yg tinggi (majerin/shortening) utk menyaluti mknn mnjadikan mknn garing lama..



1 Ulasan

  1. How to play bingo games for free - YouTube
    Bet365 mp3 juice Casino – Bet 365, also known as Bet365 Casino, is a popular online sportsbook in the UK. The casino was established in 2005 and has a

    BalasPadam

Catat Ulasan