: Buah Ajaib
Ini adalah Buah Ajaib atau juga dikenali oleh sebahagian orang kita sebagai Buah Seribu Manis. Di dalam bahasa inggerisnya ia disebut sebagai Miracle Berry atau Miracle Fruit. Dalam bahasa sainsnya pula ia dipanggil sebagai Synsepalum dulcucum . Pohon ini berasal dari negara Afrika.
Buahnya berwarna merah. Setiap buah mengandungi 1 biji di dalamnya. Rupa dan saiznya lebih kurang seperti buah muyu/jamblang yang merah spara matang. Apabila isinya di kunyah, makanan lain yang tadinya masam atau masin akan menjadi manis. Manisnya juga kaya nuansa-nuansa; seperti limau/jeruk, manis seperti madu, enak yang sukar untuk dinyatakan. Kesannya berlarutan sehingga 1-2 jam. Rasa buah ini menakjubkan; justru orang-orang Barat menyebutnya "miracle fruit", bermaksud buah ajaib.
Buah Ajaib ini (miracle fruit / Miracle berry/Synsepalum Dulcificum) ini terdapat sebatian protein yang disebut sebagai Miracullin. Miraculin adalah sebatian Glikoprotein yang mengandungi 191 asid amino dan rantai karbohidrat. Bila sebatian-sebatian protein ini digabungkan dengan asid maka akan dapat menstimulasi rasa manis pada lidah kita. Setelah memakan buah ini lalu makan jeruk yang masam, sensasi yang diterima lidah bukannya masam tapi manis. Walaupun miraculin mengubah persepsi rasa, tetapi tidak mengubah susunan kimia dari makanan, persepsi rasa manis hanya berlaku antara 30 minit hingga 2 jam bergantung kepada berapa banyak kita makan buahnya
Buah ini bukan tumbuhan asli negara kita akan tetapi dari Afrika barat. Ia ditemui oleh seorang yang berbangsa perancis bernama Reynaud Des Marchais. Keajaiban buah ini telahpun mendapat perhatian ramai saintis dunia dan kini telah banyak saintis menghasilkan Journal-journal ilmiah kerana keajaibannya mengubah rasa seperti contohnyaDr. WF Daniell yang telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Miraculous Berry" pada Pharmaceutical Journal, Vol. Xl.
Apakah Kegunaan Serta Faedah & Kelebihan Buah Ajaib Ini ? Berikut adalah antara manfaatnya ..
Ia dapat membantu mengawal diet pengambilan gula. kerana jelasnya ketika merasa manis setelah mengambil buah ajaib kita tidak merasakan gula yang sebenarnya melainkan kerana tipu daya protein sahaja. Maka ini amat berguna bagi para orang yang diet gula tapi tetap ingin merasakan manis dalam makanan & minuman.Mempertingkatkan rasa makanan & minuman. Karena sifatnya yang dapat mengubah 'rasa' maka buah ini dapat membantu orang yang tidak gemar memakan sayur-sayuran. Kerana sayur apapun akan berasa manis. Ya ini pasti amat sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar makan sayur-sayuran. Hasilnya, khasiat sayur-sayuran
diperolehi disamping rasa enak yang dirasai.
Pesakit Kanser. Pesakit Kanser yang sedang menjalani kemoterapi biasanya akan merasakan rasa yang tidak enak di lidahnya. .. Ya, buah ini dapat membantu 'memperbaiki' deria rasa mereka sehingga mereka tetap berselera mengambil makanan dengan rasa manis yang enak & menakjubkan.
: http://tanaman--herbal.blogspot.my/2014/05/khasiat-buah-miracle-fruit-buah-ajaib.html
Catat Ulasan