Khasiat peria katak
Peria katak (bitter gourd atau bitter melon) adalah sayuran tropika yang pahit rasanya. Namun begitu, ia menjadi sayuran yang disukai ramai sejak dulu lagi kerana khasiatnya yang banyak.
Bagi mendapatkan khasiat yang lebih lagi, sebaik-baiknya peria katak ini dibuat jus daripada buah yang masih hijau, sebelum ia masak ranum dan bertukar warna menjadi oren. Sebelum dikisar untuk dijadikan jus, basuh bersih-bersih peria katak ini dan buang bijinya. Bagi mengurangkan pahit, rendam hirisannya dalam air garam 1/2 jam sebelum dikisar untuk dibuat jus atau sebelum dimasak sebagai lauk.

Peria katak mempunyai banyak khasiat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi kesihatan. Oleh itu, bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan badan, eloklah selalu amalkan minum jus peria katak ini, sama ada jus peria katak sahaja atau dicampur dengan jus sayuran atau buah-buahan lain yang juga berkhasiat.
Khasiat Pemakanan Peria Katak
* Kandungan kalori yang rendah
* Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, fiber yang sangat tinggi.
* Kaya dengan zat besi.
* Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
Khasiat Kesihatan Peria Katak
* Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
* Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
* Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatianhypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
* Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
* Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
* Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
* Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
* Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
* Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
* Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
* Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.
Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
Utk memudahkan pengambilan
Ambil sj kapsul peria katak yg sudah siap diformulasikan..Diafax.
Ambil
1@2 bj. 1@2 x 1 hari.
Wsp/sms 011-26167078
Cod Nilai/Mantin.Areapark citrahill
Catat Ulasan