Header Ads Widget

Bioshifax natural products formulated by Nutritionist


Arabic Gum @ Getah Arab adalah sejenis produk asli dari resin pokok Akasia yang tumbuh di Sudan. Di sebelah barat mereka memanggil Al Manna ini dengan " Acacia Powder".

Di negara Arab ia digelar "Bread from heaven" kerana Arabic Gum atau Al manna ini ada disebut di dalam kitab Al-Quran dalam surah Al-baqarah ayat 57.





“ Dan kami teleh menaungi kamu dengan awan (panas matahari di padang pasir) dan kami turunkan kepada kamu “manna dan salwa”, (serta kami berfirman):, Makanlah dari makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”, dan tidaklah mereka menganiaya kami (sebab mereka kufurkan nikmat  itu) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri “. 


                                                                                   Surah Al-Baqarah Ayat 57





Getah Arab sejenis prebiotik asli yang hanya terdapat di Sudan mempunyai potensi dalam industri perubatan, makanan dan solek antarabangsa akan dapat menguatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab halal dengan adanya penyelidikan rapi mengenainya yang dipelopori UKM. Sila klik link ini.








Sudan  adalah pengeluar utama Gum Arabic dengan membekalkan 85% dari bekalan dunia Gum Arabic dan 90% darinya adalah  berkualiti   tinggi. Gum Arabic adalah emulsifier semulajadi yang terbaik digunakan untuk memegang  bahan-bahan yang biasanya tidak dapat bercampur bersama seperti air dengan minyak. Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.

Ia digunakan dalam produk makanan supplement, minuman berkhasiat, dan produk pelangsingan. Gum Arabic menjadi bahan penting dalam bahan makanan, pharmaceutikal dan industri.  Tiada bahan emulsifier yang sebaik Gum Arabic, 3 sudu teh Gum Arabic mengandungi lebih fiber mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal, 44 biji prune dan mengunyah 7 hari Gum Arabic mengurangkan karang gigi dan gusi.  Ia juga menghalang pertumbuhan bakteria pada gusi.Getah Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.









KAJIAN KE ATAS ARABIC GUM



Banyak kajian saintifik ke atas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik. Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal ke atas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides di dalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.





           

Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic :



1. Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit  darah tinggi.



2. Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).



3. Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.



4. Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic

    didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.



5. Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.



6. Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui

    modifikasi angiogenetic factors .


7. Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak

    buah pinggang.



8. Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk

    (chronic and end stage kidney disease).





Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik (Paediatric Nephrology 2004).



Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareancedan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) ke atas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).



Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah.

Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif ke atas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).



Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Gum Arabic pengurangan paras gula dalam darah.



Gum Arabic melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masalah gastrousus. Gum Arabic mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata, cirit birit.
sumber: http://souq-al-manna.blogspot.



Order disini 👉 https://shopee.com.my/bioshifax

Post a Comment