23 Jun 2013

Merawat Tonsil Dengan Herba, Daun Bidara & Pemakanan




Penyakit tonsil memang sukar dirawat kalau tak kene dgn rawatan yg sesuai. Jika rawatan dengan ubat hospital tak berjaya, biasanya doktor cadangkan untuk pembedahan untuk dibuang. Tonsil disertai dengan gejala radang pd tonsil / tekak, batuk, sakit & rasa perit pada tekak, demam. Ia boleh berulang disebabkan kuman pd tonsil tak habis dihapuskan walaupun dgn ubat antibiotik yg kuat. Ini kerana antibiotik juga menjejaskan sistem imun tubuh serta membunuh sebahagian sel-sel normal yang lain. Antibiotik adalah agen supressive yg kuat utk tubuh. Ia boleh menekan penyakit dari luar seperti kulit ke dalam yakni organ-organ.  

Dua mekanisma sistem imun tubuh terganggu akibat agen supressive antibiotik, steroid, kemoterapi serta ubat dadah / 'megadose chemical single active' yg lain :
1. Mekanisma tubuh menghalang @ melawan penyakit menjangkiti seseorang  yg sihat.
2. Mekanisma tubuh memulihkan dirinya apabila penyakit menghinggapi tubuh. 

Oleh itu ubat yang lebih lembut tapi berkesan membunuh kuman di dalam tubuh (in-vivo) tanpa merosakkan sel-sel sihat diperlukan untuk merawat tonsil. Homeopati, herba dan pemakanan asli diperlukan untuk marawat tonsil. Homeopati dalam kebanyakan kes terlalu lama utk berkesan disebabkan ia terlalu lembut yakni tiada bahan aktif untuk membunuh kuman. Satu ubat yg tepat utk individu jarang berlaku utk mendapat kesan pemulihan yg segera.

Jadi penyelesaiannya adalah rawatan herba dan makanan yg berupaya: 
1. Membunuh kuman secara sederhana tanpa membunuh sel-sel sihat
2. Mengoptimumkan sistem imun badan untuk menghapuskan saki-baki kuman secara menyeluruh termasuk yg resistant dgn antibiotik.
3. Membekalkan nutrien kpd sel-sel, tisu, dan organ-organ utk meningkatkan tenaga, memulihkan sel rosak / cedera / mutant cell, memperbaharui sel-sel yg mati, meningkatkan fungsi organ perkumuhan utk detoksifikasi, menguatkan organ-organ & sistem imun.
4. Meningkatkan edaran darah, melarutkan sumbatan pd salur drh, mencairkan drh, deaglutinasi sel-sel drh merah (sel-sel drh merah tak melekat antara satu sama lain) utk memusnahkan virus dan bakteria oleh sel imun.
5. Detoksifikasi tubuh drp residu & enapan ubat suppressive spt anti-biotik, drugs, vaksin, bhn kimia sintetik dlm makanan, racun pestisid utk meningkat keupayaan sel-sel serta sel imun.

Sistem imun hanya akan mencapai tahap optimum jika:
1. Dos herba & kekerapan pengambilan yg sesuai digunakan utk individu yg mengambil kira umur, kekuatan pesakit, diet pesakit, kroniknya penyakit. Dos serta kekerapan yg melebihi keperluan pesakit akan menjejaskan imun.
2. Makanan asli wholefoods bebas kimia yg seimbang yg sesuai dgn keadaan individu. Pemilihan makanan dan kuantiti yg perlu diambil mengikut keperluan pesakit utk membantu mempercepat proses penyembuhan.   
Pemilihan herba juga penting dalam merawat tonsil. Herba yg digunakan haruslah berkesan  utk membunuh bakteria berkenaan. Contoh herba yg dapat membunuh bakteria tonsil adalah bidara, beluntas, daun durian belanda, kunyit, cengkih dsb.

Cara alternatif & komplimentari menggunakan herba, dapat membunuh kuman tonsil sehingga kuman dalam darah sekalipun. Herba tersebut juga berupaya memebersihkan darah dan menyahtoksik tubuh. Daun bidara adalah satu contoh herba yang yang membunuh kuman pada tonsil dan dalam darah. Ia juga dapat meningkatkan sistem imun untuk mengelak daripada dijangkiti kuman tersebut.

Satu petua boleh digunakan. Rendam asam keping, garam bukit Himalaya pink suku sudu teh bersama cengkih 2 kuntum & kulit kayu manis sebesar 2 batang mancis, jintan hitam dan halba setengah sudu teh yg ditumbuk dalam 1 cawan air panas selama 10 minit atau sehingga air menjadi suam kuku. Tapis dan dibuat kumuran pada tekak seberapa kerap yang mungkin. Buat 3-7 hari. Asam keping boleh ganti dengan lemon atau limau nipis. Selalu makan madu asli seperti Wescobee, Capillano, tualang atau madu Sidir Yemen yang dicampur serbuk jintan hitam dan halba sedikit. Kumuran ini boleh juga merawat batuk dan sakit tekak.




Tindak balas pemulihan mungkin berlaku bagi setengah pesakit tonsil yg kronik, bengkak yg besar yg telah menggunakan pelbagai jenis ubat suppressive spt anti-biotik, banyak himpunan bhn kimia & toksik dlm tubuh  :
1. Demam, badan & mata berasa panas akibat drh berasid, pekat, banyak himpunan lemak trans / HVO / kolesterol : proses penyeimbangan darah sedang berlaku.
2. Tekak berasa merengsa, merah, sakit, gatal, perubahan suara, batuk : proses detosifikasi bahagian tekak & salur pernafasan.
3. Bersin menandakan penyahtoksikan bahagian tekak peringkat akhir yg berkesan. Sistem imun badan semakin normal & kuat.
4. Sakit kepala, pening akibat proses penyeimbangan darah & saluran darah bahagian kepala.


Jika tonsil kronik dan susah dirawat, boleh guna regimen produk saya spt dibawah :


Cadangan rawatan


1. Madu Bidara / Sauda : Minum 1 sudu teh (kanak-kanak) @ 1 sudu besar (>12 thn) seminggu 3x - membunuh kuman & rawat radang, bengkak.
2. Teh Bidara : Minum 1-2x seminggu. Rendam 1/2 sudu teh dlm 1 cawan air panas. Minum 1/2 - 1 cawan (dewasa), 3 sudu besar - suku cawan (kanak-kanak) - powerful anti-bacteria herbs, rawat radang & bengkak lebih cepat, bersih drh, tingkat imun.
3. Multipurpose Organic Intimate Gel / Gel Bidara : Buat kumuran pada tekak & sapuan pd leher
4. Bedak Sejuk Bidara : Bersama Gel Bidara, buat masker pd leher
5. Nutrifud capsule : 1-2 biji sehari : sebagai penyeimbang rawatan & tenaga.(optional).
 


Sebenarnya saya adalah pengamal rawatan Nutritional, Foods & Herbal Therapy. Saya ada buat formulasi daun bidara iaitu Teh Bidara Klasik, Madu Bidara/ habbatus sauda, Multipurpose Gel Bidara untuk buat gargle dan Bedak Sejuk Bidara untuk disapu pada leher. Hanya beberapa produk perlu diambil buat regimen rawatan. Saya pernah rawat beberapa pesakit tonsil sehingga yang perlu dibedah. Tapi alhamdulillah penyakit tonsil sudah kecut & sembuh, termasuk isteri saya dan tidak perlu dibedah. Ada seorang kanak-kanak selepas minum Biosidr Drop iaitu air daun bidara, mengeluarkan ketulan nanah beku keesokannya. Insyaalllah kita ikhtiar. Pemakanan juga penting untuk rawatan tonsil. Kena elak daging lembu lebih-lebih yang import, ayam daging yang ada hormon, vaksin, antibiotik, ikan keli & tilapia bela, minyak sayuran terhidrogen, non-diary creamer, vegetable shortening, dan makanan segera yang banyak bahan kimia, pewarna, perasa.

Komen