21 Januari 2017

Minyak Habatus sauda

Antara khasiat minyak habbatus sauda ialah:

1. Pelbagai zat pemakanan

Habbatus Sauda  kaya dengan:
monosaccharide glukosa, xylosa , polysaccharide
fatty acid tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). Sumber utama EFA adalah pemakanan dan tidak dapat dihasilkan oleh badan
Asid amino yang membentuk protein, kalsium, zat besi dsb

2. Menguatkan Sistem imunisasi

Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh Arab Saudi yang menemui khasiat minyak habbatus Sauda dalam meningkatkan sistem imunisasi (daya tahan dalam melawan penyakit). Dengan itu ia mungkin berkepentingan dalam pengawalan kanser, AIDS serta penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Khasiat minyak habbatus sauda seterusnya ialah sebagai anti-histamine. Histamine merupakan bahan dikeluarkan sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda ada mengandungi bahan-bahan menghalang protein kinase C, sejenis bahan pencetus penghasilan histamine. Disebabkan penghidap asma biasa mengalami masalah alahan, habbatus Sauda berkemungkinan baik untuk diambil secara berterusan oleh pesakit asma.

4. Anti-tumor
Kajian in-vitro menemui bahawa antara khasiat minyak habbatus Sauda adalah dalam menghalang pembentukan sel tumor. Oleh itu habbatus sauda, baik digunakan bagi membantu menghalang kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan dalam mencari khasiat minyak habbatus sauda mendapati ia mempunyai aktiviti anti bakteria . Ia berupaya dalam mengawal bakteria seperti E. coli, V. cholera serta spesies Shigella. Ini memberi makna habbatus Sauda adalah baik bagi mereka yang menghidapi penyakit seperti cirit-birit serta masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Khasiat minyak habbatus sauda seterusnya ialah dalam mengurangkan radang (bengkak). Oleh sebab itu, habbatus sauda adalah baik bagi pesakit asma (untuk mengurangkan radang dalam paru-paru), ekzema (alahan yang menyebabkan gatal dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi hormon serta lemak yang didapati dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Wsp 011-26167078.
1 btl rm20/30ml.
Postage +rm8 sem@ss rm12.

Komen