21 Oktober 2015

Rozel/Hibiscus

Khasiat Rozel (Roselle)

Rozel ( Roselle) atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan. Rozel dipercayai mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah anggur. Kandungan vitamin C didalam rozel dianggarkan pada 280mg pada setiap 100mg kaliks rozel yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada rozel berbanding dengan buah kismis hitam. Rozel juga mengandungi vitamin –vitamin lain seperti vitamin D,B1,B2, ia juga mengandugi magnesium, beta-carotene, Omega -3, serta anthocyanine (antioksidan). Selain itu ia juga mengandungi hamper 486mg kalsium, jumlah yang cukup banyak.

Para saintik juga percaya dengan pengambilan rozel dapat melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia dapat menghadkan kerosakan yang akan dilakukan oleh radikal bebas kerana rozel amat kaya dengan antioksidan. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia. Ianya juga membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C,mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotic pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.

 Kelopak rozel yang berwarna merah sangat kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Selain itu juga, kelopak rozel ini juga boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk, dan juga boleh dijadikan sebagai pewarna makanan.

Antara Manfaat Rozel (Roselle) :-

Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sebagai tonik.Membantu melancarkan peredaran darah.Merawat luka luar dan dalam.Merawat penyakit kulit.Membantu menghaluskan kulit.Memperlambatkan penuaan ( Anti penuaan)Mencegah penyakit jantung.Antibakteria.Mencegah peradangan pada saluran kencing.Mencegah pembentukan batu karang.Mencegah masalah selesema, batuk, dan demam.Merawat penyakit asma dan alergi.Merawat insomnia.Menstabilkan kadar gula dalam darah.Mencegah tekanan darah tinggi.Membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.Membantu meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh.Membantu memelihara mata.Membantu menyimbangkan berat badan.Mengurangkan panas dalam.Membantu menurunkan pengumpulan lemak di hati.Merawat sakit kepala / migraine.Membantu memulihkan diri dari ketagihan ubat dan alcohol.Menghilangkan rasa sakit sendi.Membantu mencerdaskan otak pada kanak-kanak.Membantu mengurangkan risiko osteoporosis.Mengatasi masalah tekanan / stress.Mencegah kanser (Anti kanser).Membantu mencantikan kulit.Antioksidan.


Komen