Header Ads Widget

Bioshifax natural products formulated by Nutritionist
Jujube zizyphus tree
Photo by Soyoung Han on Unsplash

Pohon di Langit ke Tujuh - Memertabatkan Pokok Bidara Dengan Fakta Saintifik

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

dan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW 
serta ahli keluarganya.

Pohon Bidara (Sidr) diketahui ramai sebagai penawar untuk gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya. Ia telah disebut di dalam Surah As-Saba' ayat 16, Surah Al-Waqiah ayat 28 dan seperti juga subjek lain, sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya. 

Dikatakan juga, apabila Nabi Adam a.s. ketika jatuh ke bumi, buah pertama yang dimakannya ialah buah Bidara atau nabaq dalam bahasa Arab.

Di dalam Surah An Najm, dalam ayat-ayat 13 dan 16 ada disebut tentang Sidratil Muntaha, tempat di langit tertinggi iaitu langit ke tujuh. Rasulullah SAW telah dibawa ke sini semasa perjalanan Mi'raj dan Baginda telah melihat sendiri pelbagai kebesaran Allah di sana. 

Antaranya terdapat Pohon Bidara yang teramat besar dan  kecantikannya hingga tidak dapat diceritakan. Setiap daunnya sebesar telinga gajah, buahnya sebesar tempayan. Akar-akarnya menjalar ke bawah sehingga ke langit ke enam. Dari batang pokok, air seperti sungai mengalir keluar, dengan rasanya yang sangat nyaman.

Sila ke link ini untuk huraian setiap ayat dan hadith tentang pokok Bidara ini.

Selain daripada hadith-hadith yang disebut di atas, terdapat juga hadith-hadith berikut tentang pokok Bidara yang jelas menunjukkan betapa mulianya pohon ini di sisi Allah swt :

"Sesiapa yang memotong pokok Bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka." (Riwayat Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Albani)

dan

"Hadith ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya sesiapa yang memotong pokok Bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh musafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya di neraka." (Abu Daud sunan Abi Daud, 4/361, Beirut: Dar al-Fikr) 

Sekiranya pokok Bidara ini ditempatkan di tempat yang paling tinggi, suci dan menjadi lambang kehebatan kuasa Allah swt, maka sudah tentunya pokok ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang luarbiasa kemujarabannya. 

Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti terdapat terlalu banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok ini.  

Terdapat banyak spesis pokok Bidara, dan yang paling dikenali ialah spesis Ziziphus spina-christi dan Ziziphus mauritiana. Nama saintifik ini berasal dari perkataan Arabzizouf. aya lebih kepada Ziziphus mauritiana kerana ini adalah spesis yang terdapat di Malaysia. 

Ziziphus spina-christy : dikatakan Nabi Isa a.s. telah dipakaikan 
mahkota yang dinamakan Crown of thorns 
yang diperbuat dari lingkaran duri-duri dari pokok ini.

Kandungan (Chemical constituents) -Hasil Kajian dari Jodhpur National University

Antioksidan - flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin

Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi)

Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL)

Carotene

Kalsium, besi, fosfurus

Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.  

Sifat-sifat perubatan

Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkankerosakan pada hati sepertihepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati).Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol.Berkesan melawan oxidative stressyang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser.Mengandungi aktiviti antimicrobialiaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.Mengandungi aktiviti hyperglycaemicatau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji.Mengandungi aktivitiimmunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).Mengandungi aktiviti antimicrobial(merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit ataupathogen)Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia).Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coliTiada sebarang racun ataucontraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.Anti radang (Anti-inflammatory) 

Applikasi

Salah satu bahan sunnah dalam mandian untuk jenazah (sila lihat hadith di atas).Rawatan mandian untuk masalah gangguan makhluk halus.Mandi haid Rawatan perubatan untuk beberapa masalah dan penyakit terutamanya hati, perut dan paru-paru.

Kegunaan

Daun - penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid.

Buah - masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman. 

                                                                                                   

Biji - loya dan muntah, radang sendi, cirit-birit. 

Bunga - losyen untuk mata .

Kulit - cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis).

Akar - gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan.

Wallahua'lam bisowwab. Artikel ini tidak bertujuan untuk menjadi nasihat untuk rawatan sebarang penyakit. Sila berjumpa dengan perawat profesional untuk diagnosis dan rawatan yang sempurna.

Aniza Zain Ahmed

Sistem An Nisaa

2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   

013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:

Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah

sistemannissa at 1:43 AM

Share

 

9 comments:

Mat CendanaAugust 5, 2012 at 4:56 AM

As I had written at your Facebook post on olive oil http://www.facebook.com/aniza.zainahmed, if something is mentioned in the Quran or/and by the Prophet, then there MUST be something especially extraordinary about it. Among them are the verses about bees/honey - hundreds of years later, scientists have acknowledged that honey does indeed has special properties that are beneficial to us.

The onus is on us to do more research on these. The bidara, for instance: I'm not a scientist (as in "have a relevant degree" or whatever official certification) but I'd dare say it might somehow help people with HIV. Would it cure those with AIDS? I don't know. But who's to say "It's impossible"... without us doing more research on the bidara plus the combination of the other resources as mentioned in the Quran and Hadith?

Reply

sistemannissaAugust 5, 2012 at 9:01 AM

I definitely concur with you. This sacred plant has vast potential - what with each and every part of it containing medicinal properties. And yet so little research and attention on it. Well, we have to start somewhere. If anyone reading this has been diagnosed HIV+ or know of someone who is, is willing to try this remedy, and is totally convinced of what is said in the Quran and told by the hadith, please come forward. We are more than willing to help, and be rest assured that your identity will be kept in strict confidence.

Reply

xochitlDecember 24, 2012 at 10:16 AM

i don't wish to be negative, and Allah is the one who cures everyone as he pleases.. ofcourse based on the hadith of the prophet, the black seed has a cure for everything except death..but pls remember that prevention is so much better than cure and HIV does not come to people who are not promiscuous (which is a HUGE sin)..ofcourse some ppl are tested by him (those who get it by birth, or from blood transfusion) but others r just thru illegal sex and drugs. there r some specialists out there who can say that HIV is a form of worldly punishment..why? becuz it does not kill u, it just allows other diseases to kill u. a reminder for me, first n foremost.wAllahu a'lam

Reply

Replies

sistemannissaJanuary 11, 2013 at 1:18 AM

Thank you for your comment and reminder. It is true, Islamic medicine stresses on prevention of diseases and that is why we are taught on how our beloved Prophet lived, ate, slept, etc. But as mere human beings, we are bound to make mistakes, some bigger and deadlier than others. Those who commit sinful acts are answerable to Allah, but we are not in the position to judge them. As far as I am concerned, if HIV+ patients show up in my clinic, I will help them to the best of my ability, provided they agree to stop all sinful activities. I take it upon myself to help them get back on the right path. That is my responsibility to other Muslims, as a Muslim.

Reply

Muhammad Al MusthafaDecember 30, 2012 at 9:46 AM

Asslm Wlkm Wr Wb di sekitar tempat tinggal kami di Bali Selatan banyak pohon Bidara tumbuh secara alami karena memang iklim nya sangat sesuai , daerah yang agak kering namun cukup curah hujan dan kaya sinar matahari , kalau memang diperlukan kami akan coba bantu mengirimkan daun atau bibit sesuai ketersediaan dan kemampuan kami . Mohon di info alamat lengkap semoga bermanfaat . Wasslam ( bandisa@digirez.com)

Reply

Replies

sistemannissaJanuary 11, 2013 at 1:21 AM

Wa'alaikummussalam. Terima kasih Tuan Muhammad. InsyaAllah saya akan hubungi tuan melalui e-mail.

Reply

yusmar khalifMarch 11, 2013 at 6:15 AM

Wa'alaikummussalam.wr.wb.Terima kasih infonya, pak Muhammad. mohon bantuan utk mengirimi saya buah dan daun (kalau bisa juga bijinya yang akan dijadikan bibit) dari pohoin bidara itu. saya sampai hari ini belum mengenalnya, di tempat saya jarang orang menyebut-nyebutnya, terima kasih. alamt saya: yusmar khalif/SMAN 5 Payakumbuh/Jalan Khatib Sulaiman, Payakumbuh-26267. Sumatera Barat. wassalam.

Reply

Nizam HerbalistSeptember 13, 2013 at 8:53 PM

Assalamualaikum ..

Info yg sgt mantap & bermanfaat. Saya jg ade buat kajian tentang khasiat bidara ni.. Namenya mmg byk mengikut negara. Spesies & varieti pun ade byk... tapi khasiat masih tak jauh beza. Yg terbaik varieti wild @ liar, yakni banyak duri, buah kecil.. Sgt aya dgn kandungan saponin yg berbuih tu.. Kajian sebenarnya dah byk dilakukan terutama di Barat, India, China & Timur Tengah.. Produk berpaten yg menggunakan bidara jg sudah dikeluarkan spt prdk kosmetik di Eropah, ubat kanser kulit di Jepun, Teh daun bidara di Australia, produk makanan kesihatan di Korea, China.. Malah buah bidara adalah antara 'top 10 herbal ingredient' dlm perubatan dan formulasi ubat herba China.. 

Saya jg ada memformulasi beberapa produk berasaskan biadara , antaranya, Teh Bidara Klasik, Biosidir Drop, Proimmunz Capsule, Madu Bidara, Jus Nutrikolagen, Multipurpose Organic Intimate Gel (an anti-bacteria & anti-septic preparation), Nutrikeen Essence Toner, Nutrikeen Kolagen Toner 7 in 1, Bedak Sejuk Bidara, Minyak Bidara Aomaterapi.

Memang bagus utk merawat chronic tonsillitis, infection (virus, bakteri), ulcer, appendigitid, tumors, fibroids, as anti-inflammation, gout & uraemia, diabetes, hepatitis, buasir, batuk kronik, demam berulang, campak, food poisoning, muntah & cirit-birit, body detoxification, migraine kronik, kudis buta, kudis api, ulser mulut, jangkitan telinga & mata, nanah, eczema, psoriasis, alahan, resdung, kegatalan, ruam, jerawat, asthma, emotional stress, ketegangan saraf, batu karang, buah pinggang, angin dlm badan, denggi. Untuk penyakit HIV belum pernah diguba. 

Tetapi mengambil daun bidara ada dos & kekerapan yg sesuai dgn badan individu. Ia sgt cepat beri kesan positif dlm merawat pelbagai penyakit akut & kronik. Juga cepat memberi tenaga & menyegarkan tubuh. Tidur pn lena. Pernafasan dan fungsi organ perkumuhan pun bagus.. Perlu diformulasi dgn pemakanan yg menyeimbangkan bidara. Tapi kalau berlebihan boleh mendatangkan kesan kurang baik spt, dizzy, lemah, short breath 

Jika cik sistemanissa berminat mencuba, saya boleh bekerjasama.. Sila lihat blog http://herbadanpemakanan.blogspot.com.. Emel nizambidara@gmail.com.. tel : 016-436 9630. 

Reply

sistemannissaSeptember 16, 2013 at 2:19 AM

Wa'alaikummussalam. Terima kasih kerana melawati blog ini dan memberi komen serta maklumat. Ye saya memang berminat untuk prescribe produk-produk berasaskan hasil pokok bidara kepada patient-patient saya. Saya akan hubungi En Nizam dalam masa terdekat, In Syaa Allah.


Bedak Herba Bidara

Bioshifax Bedak Sejuk Bidara adalah produk kecantikan yang luar biasa. Ini memiliki khasiat yang sangat luar biasa dalam merawat berbagai masalah kulit. Dengan ramuan terpilih.

RM 20.00

Dah pakai banyak.. Untuk eczema spot dan muka juga.. Kalau jerawat naik, cepat kecut.. Eczema flare, cepat kering..

Kadajlion
Customer

fast delivery to sabah😘 muka sy salah pkai produk.so naik jrawat batu dh 4minggu😌.sy pkai ni alhmdulillah jerawat kering😘murah & berkesan😁

Hunny
Customer

Keywords:
daun bidara
minyak bidara
buah bidara
pokok bidara
taman bidara
tanjung bidara melaka
tanjung bidara beach
tanjung bidara resort
mandian bidara
balm bidara
bidara syifa
pantai tanjung bidara
sabun bidara
minyak daun bidara
bidara beach village
bidara lab
chalet tanjung bidara
teluk bidara
khasiat daun bidara
khasiat buah bidara
homestay tanjung bidara
nada bidara

Post a Comment