Header Ads Widget

Bioshifax natural products formulated by Nutritionist

MAKANAN/MINUMAN SUNNAH MEMBANTU MENGEMBALIKAN KESEGARAN TUBUH .MALAH BOLEH MEMBANTU MASALAH KESIHATAN ANDA.

...'ANDA SIHAT...ANDA HEBAT".....





Stem Cell Bio Emas diformulasi khusus untuk menjana kecantikan kulit yang halus, kenyal, gebu serta cerah, serta membina kecergasan dan kesihatan dengan memulih dan menstabilkan hormon wanita, melambatkan penuaan, memperbaiki keanjalan kulit wajah serta memulihkan keintiman wanita.
Stem Cell Bio Emas juga diformulasi untuk mempertingkatkan kualiti kesihatan dalaman. Stem Cell Bio Emas di rumus daripada:

Stem Cell Epal
L-Glutathione
Collagen
Vitamin C
Habatussawda
Ekstrak buah delima
Ekstrak buah zaitun
Ekstrak buah goji
Ekstrak buah tin
Ekstrak buah kurma
Ekstrak buah kismis
Madu

Oleh kerana Stem Cell Bio Emas bukan sahaja mengandungi bahan-bahan tunjang untuk kecantikan iaitu L-Glutathione, Collagen dan Vitamin C, malah mengandungi bahan tunjang untuk kesihatan iaitu Stem Cell epal, delima, zaitun, goji, habatussawda, buah tin, kismis dan madu lebah, maka ianya amat sesuai untuk wanita dan lelaki juga tidak kira peringkat umur yang pentingkan kecantikan dan kesihatan luaran serta dalaman.

Stem Cell Bio Emas dihasilkan daripada sumber halal serta bukan sintetik khususnya Vitamin C, Collagen dan L-Glutathione dan diperbuat oleh kilang yang dimiliki 100% muslim. Stem Cell Bio Emas diformulasikan bukan sahaja untuk kecantikan luaran, bahkan ia juga diformulasikan untuk meningkatkan kualiti kesihatan dalaman.

Sebab itulah kami menyediakan juga Stem Cell Epal, ekstrak delima, madu, habatussawda dan lain-lain seperti diatas untuk menjaga kesihatan dalaman dan keseluruhan organ badan.

Kegunaan Stem Cell Bio Emas

Boleh mencerahkan kulit dalam masa 14 hari hingga sebulan
Melembabkan kulit serta menjadikan kulit lebih anjal dan elastik
Boleh juga mengurangkan garis kedutan pada kulit serta mengecilkan pori-pori kulit
Membantu memulihkan kerosakan kulit yang kusam atau berparut
Membantu meningkatkan imunisasi badan serta mengurangkan radikal bebas
Membantu mengatasi jeragat dan jerawat
Membantu mengatasi masaalah tumit merekah, parut dan selulit
Stem Cell Bio Emas sesuai digunakan untuk mempertingkatkan kualiti kecantikan dan kesihatan luar dan dalaman bagi wanita dan lelaki yang perihatin kepada keterampilan diri yang unggul

Cara Mengguna:
1 sachet mengandungi 20gm Stem Cell Bio Emas. Ambil 10gm (untuk satu serving) dan masukkan ke dalam 150ml air suam, kacau hingga larut dan minum.

Ambil sekali (10gm) pagi sebelum sarapan dan sekali lagi (10gm) pada sebelah petang.

Stem Cell Bio Emas dijangka dipasarkan mulai 1/12/2013 akan datang.
lambang kualiti terbaik

Bio Emas
lambang kualiti terbaik
1. Kolagen: Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein kolagen, dan 75% kulit terdiri dari kolagen.

Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen juga terdapat pada kornea, kanta mata, salur darah, keratin (rambut dan kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfa.

Khasiat Kolagen Untuk Tubuh Badan
Menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia, menyebabkan kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber seperti kolagen dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit.

Kolagen sebagai suplemen juga melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta kulit palsu. Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

2. Glutathione
Glutathione juga dikenali dengan gelaran Master Antioxidant. Pengambilan Glutathione dengan cara berterusan akan membuat kulit semakin putih dan cerah.

Glutathione juga akan membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Fakta saintifik tentang Glutathione - nutrisi untuk penjagaan kulit anda:

Glutathione dijumpai dalam sel tubuh manusia. Ini adalah Tripeptide terdiri daripada 3 Asid Amino iaitu glutamate, sistein dan glisin.

Peranan utama Glutathione di dalam Stem Cell Bio Emas:

Ia menghalang proses sistesis melanin,iaitu kehadiran pigmen gelap di kulit yang menyebabkan warna kulit lebih terang atau cerah.
Glutathione adalah agen antioksida yang berkesan bagi membantu melambatkan proses degenerasi sel.
Kurangnya Glutathione akan mengarah kepada stress oksidatif. Glutathione memainkan peranan dalam proses pemutihan kulit dengan mengurangkan pengeluaran pigmen kulit. Ini akan mengganggu pusat metabolism bagi pembentukan melanin dalam kulit.
Apabila kulit sering terdedah kepada sinaran matahari kulit kita akan menghasilkan eumelanin, pigmen hitam, phaemelanin dan pigmen merah.
Kita biasanya melihat warna kulit berubah gelap selepas terkena sinar matahari kerana munculnya pigmen hitam yang lebih kuat.
Dalam sintesis melanin, kehadiran Gluthatione akan menhalang fungsi enzim tirosinase yang bertanggungjawab dalam pengeluaran eumelanin.

Sebagai antioksidan kuat, glutathione juga menghalang spesis oksigen reaktif dan peroksida yang mampu merangsang enzim tirosinase. Kesan antioksidan berterusan yang ada pada gluthatione, akan menjadikan tona kulit ternyata lebih cerah walau pun sering terdedah kepada sinaran matahari.

Tanpa L-Glutathione:

Berkurangnya Glutathione menyebabkan daya tahan tubuh berkurang, fungsi organ tubuh terganggu, otot-otot kaku, timbul penyakit degeneratif (parkinson, kepikunan, tremor, dll), muncul tanda-tanda penuaan (kedut, rambut gugur/beruban, pigmentasi, kulit kusam dll).
Tanpa Glutathione antioksidan lain seperti Vitamin C & E tidak bekerja optimal.
Tanpa Glutathione, tubuh tidak dapat menghasilkan antibodi untuk melawan infeksi bakteria, virus & polusi.
Tanpa Glutathione, proses penyeimbangan radikal bebas di dalam tubuh tidak akan tercapai. Kesan radikal bebas akan merosak dinding sel tubuh yang menyebabkan timbulnya penyakit, seperti kanser dan belbagai penyakit degeneratif lain.

3. Vitamin C
fungsi-fungsi utama berikut:

fungsi sebagai penguat sistem imuniti badan. Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dapat dijalankan dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita. pembuangan toxin-toxin dari dalam badan. sebagai anti-oksident ia penting dalam pencegahan penyakit bahaya seperti kanser.
Selain sebagai fungsinya sebagai anti-oksident, vitamin C membantu pengeluaran interferon yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser.

Vitamin C juga menghalang pembentukan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser. Perlu diingat bahawa vitamin C bukanlah ubat untuk kanser, tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk di samping menguatkan sistem imunisasi. kesihatan sistem jantung.

Pengurangan kandungan vitamin C akan menyebabkan pengeluaran asid bile berkurangan. Ini pula akan menyebabkan pertambahan kandungan kolesterol.

Pengurangan vitamin C juga menyebabkan dinding saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim. Kajian menunjukkan pengurangan vitamin C dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan atherosclerosis, di mana lemak dan kolesterol akan melekat dan menyekat saluran darah. penyembuhan luka.

Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran collagen, oleh itu luka boleh sembuh dengan lebih cepat. agen mengurangkan rasa sakit. mengurangkan alahan. penyerapan zat besi dari sumber bukan daging ke dalam darah. Ini adalah penting kepada mereka yang tidak memakan daging (vegetarian). pengurangan stress.

Vitamin C adalah penting dalam pengeluaran hormon corticosteroids, adrenaline dan noradrenaline. Stress menyebabkan hormon-hormon ini dikeluarkan lebih daripada biasa, oleh itu keperluan kepada vitamin C akan meningkat. Dalam hal ini pengambilan bersama vitamin B kompleks adalah penting.

4. DEFINISI DAN BIOLOGI ASAS STEM CELL
Istilah Stem Cell mulai popular digunakan di dunia perubatan sejak tahun 1950-an iaitu sejak ditemukannya sel penyusun sumsum tulang yang mampu membentuk seluruh jenis sel darah dalam tubuh manusia. Selanjutnya, Jenis Stem Sel ini disebut Stem Cell Hematopoietik. Stem Cell adalah Sel yang menjadi awal-mula dari pertumbuhan sel lain yang menyusun keseluruhan tubuh organisme, termasuk manusia.

Seperti batang pohon yang menjadi tumpuan pertumbuhan ranting dan daunnya. Makna yang terkandung dalam Sel semakin diteguhkan dengan penemuan kewujudan Stem Cell pada awal kehidupan manusia, iaitu saat masih Embrio. Hal ini semakin menegaskan bahawa Stem Cell adalah sel yang menjadi awal mula terbentuknya 200 jenis Sel yang menyusun tubuh yang terdiri dari > 100 triliun sel. Terkait dengan hakikatnya, kini Stem Cell telah menjadi topik utama pembicaraan banyak ilmuan, ahli perubatan, bahkan orang awam di seluruh penjuru dunia. Betapa tidak ?!

Stem Cell dipercayai dapat menjadi jalan keluar dari penyakit Degeneratif Seperti Stroke, Alzheimer, Diabetes Melitus, Aterosklerosis, Infark Miokard, serta banyak penyakit degeneratif lainnya. Seperti yang telah kita ketahui, hal yang menyebabkan terjadinya penyakit degeneratif adalah kerosakan Sel-Sel dalam jaringan/organ, sehingga jaringan/organ tersebut tidak lagi berfungsi sesuai dengan keperluan tubuh. Kerosakan ini bersifat Ireversible, sehingga ubat-ubatan yang ada pada masa ini hanya dapat memperlambat atau mencegah terjadinya kerosakan jaringan/organ yang lebih luas.

Atas dasar inilah, para penyelidik berpendapat bahawa Stem Cell adalah tumpuan terapi perubatan dimasa yang akan datang.

KARAKTERISTIK STEM CELL
Stem Cell merupakan Sel yang belum memiliki bentuk dan fungsi spesifik seperti sel-sel lain umpamanya pada organ otot jantung (Kardiomiosit), Neuron dan Sel Pankreas dimana sel-sel ini adalah jenis-jenis sel tubuh yang telah memilki bentuk dan fungsi yang spesifik.

Sel-sel berkenaan secara jelas menjalankan Fungsi organ yang dibentuknya. Bentuk sel otot jantung mendukung fungsinya untuk berdenyut. Neuron otak juga memiliki bentuk yang memungkinkannya menghantarkan impuls-impuls saraf, sedangkan Sel Pankreas terdapat dalam susunan jaringan yang disebut sebagai ”Pulau Langerhans” pada pankreas, yang menghasilkan hormon insulin.

Berbeza dengan ketiganya, Stem Cell adalah sel yang belum memiliki fungsi khusus, seperti berdenyut, menghantarkan impuls, menghasilkan hormon, ataupun fungsi lainnya. Bukti ilmiah menunjukkan bahwa populasi stem cell dalam suatu jaringan matur, tampak sebagai suatu populasi sel inaktif yang fungsinya baru dilihat dalam waktu dan kondisi tertentu mampu memperbanyak diri(Self Renewal). Stem Cell dapat melakukan replikasi dan menghasilkan sel-sel berkarakteristik sama dengan sel induknya. Kemampuan memperbanyak diri dan menghasilkan sel-sel yang sama seperti sel induknya ini tidak dimiliki oleh sel-sel tubuh lainnya, seperti sel jantung, otak, ataupun sel pankreas. Itulah sebabnya, apabila jaringan dalam jantung, otak maupun pankreas mengalami kerusakan, maka pada umumnya kerusakan tersebut bersifat Ireversibel.

Populasi Stem Cell dalam tubuh terjaga dengan kemampuannya memperbanyak diri sendiri. Kemampuan ini dapat dilakukan berulang kali, bahkan diduga tidak terbatas, selain itu, kemampuan ini juga dipertahankan dalam jangka waktu yang relatif lama. Dapat berdiferensiasi menjadi lebih dari satu jenis Sel(Multipoten/Pluripoten) - Seperti yang telah disebutkan sebelumnya kewujudan Stem Cell sebagai sel yang belum berdiferensiasi ternyata dimaksudkan untuk menjaga kontinuitas regenerasi populasi sel yang menyusun jaringan dan organ tubuh.

Hal ini dapat dilakukan dengan kemampuan stem cell untuk berdiferensiasi menjadi sel-sel tubuh yang diperlukan. Stem cell bersifat Pluripoten bila mampu berdiferensiasi menjadi sel tubuh apapun, iaitu yang berasal dari ketiga lapisan embrional (ektoderm, mesoderm dan endoderm). Dan Stem cell bersifat Multipoten bila hanya mampu berdiferensiasi menjadi beberapa jenis sel yang biasanya berada dalam suatu golongan serupa, seperti sel-sel sistem hematopoietic mahupun sistem syaraf.

JENIS-JENIS STEM CELL .
1. Stem Cell Embrionik (Embryonic StemCell) Stem Cell yang didapatkan saat perkembangan individu masih berada dalam tahap embrio. Stem Cell Embrionik merupakan awal dari seluruh jenis Sel dalam tubuh Manusia. Tergolong sebagai stem cell yang bersifat Pluripoten.

2.Stem Cell dewasa (Adult Stem Cell) Stem Cell yang ditemukan diantara sel-sel lain yang telah berdiferensiasi, dalam suatu jaringan yang telah mengalami maturasi. Dengan kata lain, Stem cell dewasa adalah sekelompok sel yang belum berdiferensiasi, bahkan kadang-kala ditemui dalam keadaan inaktif, pada suatu jaringan yang telah memiliki fungsi spesifik dalam tubuh individu. Kewujudan stem cell ini diperkirakan bertujuan untuk menjaga homeostasis jaringan tempatnya berada. Berdasarkan bukti ilmiah yang telah ada, kemampuan diferensiasi stem cell dewasa tergolong Multipoten.

Beberapa contoh alur diferensiasi stem cell dewasa dijelaskan berikut ini :

Stem cell hematopoietic: Mampu berdiferensiasi menjadi seluruh sel darah, seperti : sel darah merah, trombosit, monosit (makrofag), neutrofil, basofil, eosinofil. Limfosit B, limfosit T &Natural Killer (NK) cell. NK adalah sel Pembunuh Kanser.

Stem cell jaringan saraf (neural): Mampu berdiferensiasi menjadi tiga golongan utama Sel saraf, iaitu Astrosit, Oligodendrosit, dan Neuron. Selain itu, stem cell jaringan saraf juga mampu berdiferensiasi menjadi kelompok sel saraf yang memiliki aktivitas dopaminergik, sehingga dapat digunakan untuk terapi Parkinson.

Stem cell jaringan kulit: Stem cell yang banyak ditemui di Stratum basalis epidermis kulit dan dasar folikel rambut ini, mampu berdiferensiasi menjadi keratinosit, dan sel penyusun lapisan epidermis kulit.

Stem cell masenkimal: Mampu berdiferensiasi menjadi osteosit, kondrosit, adiposit, dan berbagai jenis sel penyusun jaringan ikat.

Stem cell jantung:. Mampu berdiferensiasi menjadi tiga jenis sel utama penyusun organ jantung, iaitu endotel, kardiomiosit, dan sel otot polos.

Khusus Stem Cell Dewasa: walaupun telah disebutkan sebelumnya bahwa potensi diferensiasi yang dimilikinya hanya tergolong Multipoten, namun jurnal-jurnal ilmiah pada beberapa tahun terakhir ini menyatakan bukti dapat terjadinya transdiferensiasi. Sebagai contoh dari fenomena transdiferensiasi ini adalah :

Stem cell masenkimal ternyata mampu berdiferensiasi menjadi sel-sel saraf.
Stem cell hematopoietik ternyata mampu berdiferensiasi menjadi sel-sel jantung

Sekalipun secara logik, Stem Cell Hematopoietik hanya mampu menyelenggarakan fungsi Hematopoiesis dan Imunologis, namun perkembangan ilmiah yang ada menunjukkan potensi Stem Cell Hematopoietik dalam berdiferensiasi menjadi sel-sel somatis diluar jalur Hematopoiesis dan Imunologis, seperti sel saraf, kardiomiosit, sel otot lurik, sel epitel paru dan lain-lain. (Artinya Stem Cell dari sumsum tulang, boleh menjadi sel apapun untuk mengganti sel yang rosak di tubuh kita).

Bila kita pikirkan secara mendalam, mungkin kita dapat menyimpulkan bahwa pada akhirnya hampir setiap orang akan memerlukan Stem Cell. Alasan dari hal ini adalah kerana cepat atau lambat, sel penyusun jaringan/organ tubuh akan mengalami degenerasi, sehingga fungsinya harus digantikan. Setelah membaca seluruh hal yang tertulis sebelumnya tentu kita tahu bahwa harapan terbesar akan regenerasi jaringan/organ tubuh adalah Stem Cell. ..

Post a Comment