5 Disember 2013

Kaedah Rawatan Penyakit Menggunakan Herba & Pemakanan

Pelbagai kaedah digunakan untuk merawat penyakit akut dan kronik. Ada dua kaedah perubatan dalam merawat penyakit :

1. Rawatan / Perubatan Konvensional (Moden) menggunakan bahan kimia sintetik / synthetic drugs,  sebagai bahan aktif. Kaedah rawatan ini bersifat 'suppressive' yang menekan penyakit ke dalam tubuh. Yakni arah penyembuhan bergerak spt berikut:

    a). Dari organ / tisu luar (superficial) ke organ / tisu yg lebih dalam
    b). Dari organ / tisu yg kurang penting ke organ / tisu yg lebih penting.

Tindakan  suppression yg lama menyebabkan timbul kesan sampingan akibat himpunan bahan toksik ubat kimia dalam tisu-tisu & organ tubuh. Punca penyakit yg sebenar (root cause) pula tidak diatasi, hanya menghilangkan simtom untuk sementara waktu sahaja. Simtom penyakit asal akan timbul balik selepas beberapa waktu, tapi  dgn kekuatan simtom penyakit yg lebih kuat. Jika ubat kimia ini diambil berterusan maka timbullah penyakit baru disamping penyakit sedia ada.

Contoh klasikal adalah penyakit kulit seperti ruam, gatal, alahan pada kulit, ekzema ringan. Bila kulit disapu krim berulang kali yg sudah tentu dibuat drp bahan eksipien kimia sintetik (emulsifier, pengawet kosmetik yg kuat, PG, ethoxylated materials dsb ), mengandungi steroids atau bahan aktif sintetik kimia lain. Ubat anti-histamin dan ubat makan yg lain spt steroids akan menambah-burukkan penyakit kulit. Setelah berapa waktu, biasanya akan timbul simtom kulit yg lebih teruk lagi. Ekzema merebak dan lebih mendalam simtomnya sehingga menjejaskan tidur malam. Kemudian  timbul penyakit baru yakni asthma / lelah. Penyakit kulit bergerak ke lapisan tisu mukosa saluran pernafasan dimana berlaku radang, rembesan cecair berlebihan. Sel-sel pada lapisan tisu mukosa menjadi besar. Salur pernafasan jadi sempit yg mengakibatkan gangguan pernafasan (lelah).

Penyakit autoimun ini akan bertambah teruk dan merebak ke tisu dan organ-organ lain seperti radang paru-paru, radang usus, kekejangan otot, dsb, jika berterusan menggunakan agen kimia suppressive tersebut.  
 
Ini disebabkan oleh :

    a). Ubat sintetik kimia / drugs digunakan dalam kuantiti yg banyak sebagai bahan aktif tunggal (megadose single active compound) utk memberi kesan yg 'signifikan' kepada sebahagian besar populasi. Penggunaan kekuatan ubat yg tinggi dosnya semata-mata utk memberi perubahan pada simtom penyakit yakni menghilangkan simtom penyakit dlm masa yg sangat singkat tanpa melibatkan perubahan tubuh secara holistik / total.


2. Rawatan Alternatif & Komplimentari yang menggunakan bahan asli (natural) dari sumber herba, mineral, haiwan, makanan sebagai bahan aktif yg diambil secara keseluruhan (whole crude herbs/foods, whole herbal extract) yg mengandungi pelbagai bahan aktif dan tak aktif, nutrien, antioksidan yg lebih seimbang, lembut, menyeluruh tindakannya. .....  bersambung........


Komen