3 Ogos 2013

Cara menghidratkan sel tubuh dengan berkesan


Tips Untuk Mengurangkan Keletihan & Kekurangan Air Dalam Badan (Dehydrated Body & Cells).


Percaya tak, setengah org minum air tapi masih berlaku bibir kering & pecah, kulit kering & lesu, kulit tak anjal & tak berseri, badan tak bertenaga. Yg lebih teruk, ada yg kene masuk wad tambah air dlm badan.. Apa yg berlaku dlm badan kita adalah sel-sel dlm badan tak dpt cukup air (dehydrated cells). Jadi fungsi normal sel, proses biokimia dlm sel, proses pengangkutan nutrien & bhn kumuh dlm sel terjejas. Sehingga badan boleh menimbulkan simtom klinikal kekurangan air.


 Apa puncanya?? Air yg diminum kurang berkualiti, badan berasid, diet harian dipenuhi dgn makanan diproses yg banyak mengandungi bhn kimia yg hampir kosong dgn kandungan nutrien asli spt mineral, vitamin, anti-oksidan & phytonutrien lain.. Sebab lain, tekanan, cara hidup yg 'hectic'..

Faktor utama simtom kekeringan badan adalah kualiti air yg diminum dan makanan yg diambil. Air dan makanan berasid sgt kurang bermanfaat pd badan. Air berasid mempunyai kumpulan molekul air yg besar yg sukar diserap oleh usus dan sel-sel. Tenaga bio air berasid juga rendah. Sebab itu selepas minum air paip tak bertapis, air RO, air suling/tulen, perut rasa berkocak dgn air jika bergerak sedikit. Selepas minum pun masih rasa dahaga & tekak kering. Cepat rasa kenyang atau perut dipenuhi dgn air..

Sebaliknya berlaku jika meminum air beralkali yg mempunayi tenaga bio serta gugusan molekul air ygt halus (hexagon water molecules) terutama yg masih segar yakni baru diambil spt air yg terdapat dlm buah & tumbuhan (air kelapa, tebu, tembikai, betik, kaktus), air bawah tanah, air bukit. Terasa sejuk pd tekak, perut dan badan selepas meminum air beralkali yg segar lagi semulajadi.
 
Minumlah air mineral beralkali spt Bleu, Econsave, Ghau-ghau. Brand yg mahal pun ada. Jika berpuasa, berbukalah  dgn air mineral dan buah kurma atau tempatan segar spt tembikai, betik yg bersifat alkali. Anda berasa lebih segar, bertenaga dan ringan utk melaksanakan tugas harian walaupun anda sedang berpuasa.

 Buah tembikai paling tinggi bersifat alkali diantara semua buah-buahan, disebabkan kandungan mineralnya yg tinggi spt potassium, sodium dsb. Buah betik pula mempunyai kealkalian yg sederhana. Air yg terdapat dlm buah segar dan sayuran segar sangat bermanfaat kpd tubuh. Pertama kerana kandunga mineralnya. Kedua sifat kealkaliannya. Ketiga sudah tentu airnya bersih drp kotoran, partikel dan bahan kimia bertoksik. Keempat, air dlm buah & sayuran mempunyai gugusan molekul air yg halus dan bertenaga yg sangat bermanfaat kpd tubuh bagi proses mengoptimumkan proses fisiologi. Tetapi kualiti air yg terdapat dlm buah & sayur bergantung kpd kealkalian yg dipengaruhi secara langsung oleh kandungan mineral. Buah tembikai & timun yg sangat tinggi kandungan air (kira-kira 90% air) dan kealkaliannya, memberi kesan yg sangat baik utk membersih buah pinggang dengan melancarkan pengeluaran air kencing. Oleh itu buah tembikai & betik juga sangat elok dimakan utk menjaga fungsi & kesihatan buah pinggang.

Buah lain yg kaya air bermanfaat ini adalah air kelapa, tebu, lemon, jus nira & nipah, mangga dsb. Walaupun kealkaliannya lebih rendah, ia mempunyai gelombang tenaga hidupan dan gugusan molekul air yg halus.

Broccoli juga mempunyai sifat alkali yg paling tinggi dalam kumpulan sayuran. Ia bagus utk mencegah dan membantu merawat pesakit kanser kerana ia juga mengandungi bhn aktif yg dpt membunuh sel stem kanser (sel akar atau induk kanser), mengikut satu kajian.

Air yg terdapat dlm buah dan sayuran segar mempunyai gelombang tenaga yg unik utk mengoptimumkan proses biokimia sel-sel haiwan & manusia. Begitu dgn air mata air, air bukit / gunung, air yg keluar drp lapisan batuan yg jernih, air drp hulu sungai di atas bukit / tanah tinggi /gunung, air terjun mempunyai gelombang tenaga unik dan kandungan jumlah  ion negatif yg tinggi. Air ini menyegarkan udara dan menjadi minuman berkhasiat kpd hidupan..

Dengan kealkalian  yg tinggi, air yg diminum mampu membersihkan darah, melarutkan lemak & kolesterol, menguatkan tulang, saraf, otot & organ-organ, memelihara homeostasis darah dan cecair badan, mengoptimumkan paras oksigen darah, meneutral asid yg dihasilkan, menghidratkan sel-sel & tisu, mengangkut nutrien & bahan kumuh dgn efisien.

Jadi, setelah mengambil makanan berasid (daging, refined carbohydrates, gula putih, processed foods, chemical additive containing foods), air beralkali yg diminum sekurang-kurangnya dapat menyeimbangkan semula pH darah / badan supaya badan dpt berfungsi dgn optimum.

Kurangkan ais sebab setengahnya menggunakan bahan kimia spt ammonia utk mempercepatkan pembentukan ketulan  ais. Air mineral bawah tanah (air zam-zam adalah yg terbaik dan paling tinggi kealkaliannya ) dan air buah tersebut mempunyai gugusan molekul air yg halus berbanding air yg manis drp gula putih atau susu pekat manis, air yg dicampur bhn pewarna, kimia. Air semulajadi ini bersifat menghidratkan sel-sel seluruh tubuh. Bila masuk dlm perut terus diserap ke dlm drh, sel-sel, tisu dan sampai ke organ-organ seluruh tubuh. Kita akan rasa penyerapan air mineral ini dlm perut. Sebab tu lepas minum air mineral, tiada bunyi air berkocak dlm perut walaupun minum lebih sikit. Makanan lebih mudah dicerna dan diserap dlm darah utk diangkut ke sel-sel.

Jadi mengelakkan drp risiko senak perut jika meminum air yg kurang beralkali dan besar gugusan molekulnya seperti air paip yg tak bertapis, air R.O / air tulen / suling yg tiada mineral,  produk air minuman mengandungi gula putih, aditif kimia. Air mineral menjadikan pengangkutan nutrien & oksigen ke sel-sel dan organ dgn cepat dan berkesan. Jadi ia mengoptimumkan metabolisma makanan yg kita makan. Badan rasa segar dan bertenaga. Kulit dan bibir tak kering walaupun berpuasa seharian. Bahan buangan hasil metabolisma makanan tersebut dalam sel juga akan dikumuhkan dgn efisien dlm medium air mineral dan air buah beralkali. Bhn buangan ini (urea, karbon dioksida, air, bhn metabolit lain dsb ) diangkut ke organ perkumuhan (buah pinggang, paru2, usus besar, kulit) untuk disingkirkan dgn efisien tanpa ada gangguan. Malah haba yg dibebaskan semasa proses pembakaran kalori dpt dialirkan ke permukaan kulit melalui peluh, urin dgn berkesan. Ini menjadikan suhu badan stabil dan kita rasa selesa walaupun lepas makan.

Pembuangan air kecil dan besar menjadi lebih lawas. Peluh yg menyegarkan badan bila keadaan sekeliling panas. Bila keadaan sekeling sejuk, kita tak rasa terlalu sejuk. Ini menandakan mekanisma pengawalan suhu badan dan homeotasis yg optimum. Kita bernafas dgn selesa dan puas. Denyut & rentak jantung yg stabil dan berkesan utk mengepam drh ke seluruh tubuh tanpa gangguan. Ini menyebabkan kita berasa sihat, ringan, bertenaga.

Kesan positif meminum air mineral & buah bersifat alkali ini dpt dirasai dgn maksimum apabila makanan yg kita makan spt dibawah :
1. Makanan asli wholefoods yg lebih bersifat alkali atau kurang berasid.
2. Mengelak / mengurangkan makanan terproses 'highly refined processed foods'
3. Mengelak 100% (sedaya mungkin) drp mengambil makanan yg ada hydrogenated vegetable oil, HVO (majerin, shortening, non-diary creamer, GMS/emulsifier drp HVO, butter/Ghee campuran HVO).
4. Mengelak / mengurangkan makanan yg ada bhn sintetik kimia spt aditif makanan, pewarna, perisa, pengawet, vitamin & mineral sintetik @ semi-sintetik.


Dengan selalu mengamalkan minum air beralkali (air bersih yg mengandungi mineral yg cukup dgn gugusan molekul air yg halus), kesan positif berikut diperolehi :
1. Badan lebih segar, ringan, bertenaga dan sihat.
2. Mekanisma kawalan tubuh yakni homeostasis badan berjalan dengan optimum spt mekanisma kawalan suhu tubuh, kawalan cecair badan, kawalan pH darah & cecair badan. 
3. Organ perkumuhan iaitu hati, paru-paru, buah pinggang, usus besar, kulit dapat berfungsi dengan baik sekali.
4. Pengangkutan nutrien, oksigen ke sel-sel dan pengangkutan bahan buangan sel-sel hasil proses metabolima ke organ perkumuhan berlaku dgn efisien.
5. Proses metabolisma tubuh dan pembakaran serta penggunaan kalori berlaku secara optimum. Jadi badan bertenaga dan tidak menyimpan lemak berlebihan. Membantu mencapai berat badan ideal.
6. Membantu proses pemulihan & rejuvenasi sel.
7. Membantu mempercepatkan proses pemulihan, penyembuhan & rawatan penyakit dan kecederaan tisu & organ.
8. Meningkatkan kecerdasan mental dan kesihatan minda serta emosi.
9. Menguatkan organ-organ spt jantung, paru-paru, otot, sistem imun tubuh, tulang, sistem saraf, tisu kolagen, tisu sendi & rawan.
10. Awet muda, mencantikkan kulit, menaikkan seri wajah, kulit yg anjal, lembap.
11. Mata yg bersinar dan jernih akibat bekalan oksigen yg cukup dan fungsi hati yg baik.
12. Pembuangan air kecil dan besar yg lawas & normal.
13. Kuku, rambut yg sihat.
14. Badan dan peluh tidak berbau berlebihan.  

Pemilihan air bersih yg jernih bersifat alkali yg baik kpd tubuh adalah mengikut ciri-ciri spt di bawah :

1. Yg terbaik air bawah tanah lebih 400 kaki yg segar dan baru diambil seperti air mata air di permukaan, air bukit, air yg keluar dari batuan keras, air telaga yg jernih, tak berbau, bersih serta kaya mineral. Semasa air permukaan spt hujan, sungai melalui beberapa lapisan bumi dan batuan sehingga ke paras 400 kaki dimana terdapatnya simpanan air bawah tanah yg bersih, ia ditapis sambil diperkayai dgn mineral yg bermanfaat yg sesuai utk kegunaan manusia, haiwan & tumbuhan di permukaan bumi. Air ini juga mempunyai gelombang tenaga yg diperolehi drp graviti bumi dan batuan yg baik utk kesihatan hidupan. Inilah yg menyebabkan air bawah tanah mempunyai gugusan molekul air berbentuk heksagon yg halus. Jenis batuan menentukan kualiti air bawah tanah di sesuatu kawasan yakni kealkalian, gugusan molekul air yg terbentuk serta tenaga  yg diperolehi molekul air.  

2. Produk air mineral yg dibotolkan juga baik diminum terutama yg mengandungi pH sedikit alkali yakni lebih drp 7.0. Sila teliti pada label botol sebelum membeli. Botol air mineral bertudung warna biru.

3. Air paip yg ditapis juga lebih baik drp air paip yg tak ditapis atau ditapis menggunakan sistem penapisan membran R.O. Sistem penapis air yg baik perlu mampu menapis keluar mendakan & partikel kotoran, karat, klorin, bahan toksik kimia spt racun pestisid dsb, logam berat, sel bakteria dan mikrob tetapi memelihara kandungan mineral air yg ditapis. Jadilah pengguna yg bijak utk memilih produk sistem penapisan air paip di rumah yg berkualiti. Tidak semesti harga penapis yg mahal adalah sistem penapisan yg baik. Tetapi elakkan drp membeli penapis yg terlalu murah yg tiada kualiti. Contoh brand penapis air yg bagus utk digunakan di rumah sebagai minuman, masakan adalah penapis air 'HEXAGON' dipasarkan oleh COSWAY yg bersifat alkali disebabkan penambahan mineral drp cartridge yg tertentu. Ia juga menapis keluar semua kotoran, partikel, klorin, logam berat, bahan kimia bertoksik, dan sel bakteria. Ia juga menghasilkan air bertenaga yg bergugusan molekul air heksagon yg halus. Harganya sederhana kira-kira RM400-RM600.

4. Sistem penapis air yg menambah kealkalian air secara elektronik juga tak berapa sesuai utk tubuh kita. Kerana kealkalian air akan hilang dgn cepat bila memasukki tubuh. Jadi air beralkali secara elektronik kurang manfaat kpd tubuh. 

Komen