3 Julai 2013

Rawatan Penyakit Gout, Batu Karang & Asid Urik (Uraemia)




Aetiology (Punca Penyakit)

Punca penyakit gout adalah disebabkan oleh salah metabolisma purin  yang mengakibatkan meningkatnya tahap asid uric dalam darah, dan pemendakan hablur asid uric dalam tisu lembut dan sendi . Dalam penyakit gout primer, salah metabolism dalam kebanyakan pesakit mengakibatkan penghasilan asid uric  yang  berlebihan (hyperuraemia),  penyingkiran asid uric yang sedikit melalui buah pinggang/air kencing (underexcretion), atau kedua-duanya.   

Punca asid uric adalah daripada metabolism purin (iaitu bahan nukleoprotein dalam sel-sel). Purin diperolehi daripada makanan yang diambil dan penguraian protein tubuh. Purin juga dibentuk dalam hati.
Dalam penyakit gout kronik, yakni peringkat ketiga penyakit  gout, keadaan penyakit paling teruk. Pemendakan hablur asid uric pada sekeliling satu atau beberapa sendi, menyebabkan kerosakan pada tulang dan mengubah bentuknya. Batu karang juga boleh terjadi.  

Makanan   kumpulan 3 yang paling tinggi kandungan purin (150-800 mg kandungan purin),  perlu dielakkan sepenuhnya iaitu ikan sardine, ekstrak pati daging, organ dalaman (hati, buah pinggang, otak), anchovies / ikan bilis, sweetbread. Manakala makanan kumpulan 2 (kandungan purin sederhana: 50-150 mg) boleh diambil dalam kuantiti yang terhad,  iaitu daging, ayam, seafood (sotong, udang, ketam, ikan), kekacang, bayam. 

Asid urik tidak larut dalam medium (darah, air kencing)  mempunyai pH asidik yang mengakibatkan pemendakan hablur asid uric pada sendi. Apabila tidak dirawat, mendakan hablur asid urik ini boleh terjadi dalam buah pinggang, maka terbentuklah batu karang.    
   
Jadi pesakit perlu mengalkalikan darahnya untuk melarutkan batu karang dan kristal asid uric pada sendi-sendi. Banyakkan dan biasakan mengambil makanan & minuman beralkali yakni makanan ‘wholefood’ yang asli yang kaya khasiat pemakanan asli dan mineral.

Makanan yang digalakkan untuk pesakit gout, batu karang, asid urik tinggi

Makanan bersifat alkali adalah:
1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih, daun saderi/sup, atau buah ceri (dos rawatan gout:  25 biji sehari), atau cuka epal 1 sudu besar selang sehari. Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout.
2.  Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah.
3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / organic kerana ayam kampong kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.
4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran,  dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB).
5. Ganti gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, gula kelapa asli.
6.  Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Kurangkan penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Jangan guna minyak goreng lebih 3x recycle.

Elak  Makanan Yang Paling Tinggi Kandungan Purin Seperti Di Bawah        

1. Ikan sardine atau selayang segar/ditinkan.
2. Sayur: bayam.
3. Organ dalaman (daging, ayam): hati, buah pinggang, otak.
 4. Sweetbread (organ dalaman lembu/kambing spt kelenjar thymus, jantung, ginjal, pancreas, pedal, kelenjar parathyroid yang dipanggang) & anchovies (ikan bilis).

Nephrolithiasis (Renal Calculi / Kidney Stone) Atau Penyakit Batu Karang

Penyakit batu karang terjadi apabila terbentuk mendakan batu bersaiz kecil atau besar dalam buah pinggang, pundi kencing atau saluran kencing.

Penyakit batu karang terbahagi kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis bahan yang membentuk batu karang iaitu:
1. Batu karang kalsium fosfat atau kalsium oxalate atau campuran kedua-duanya:  paling banyak terjadi pada pesakit batu karang.
2. Batu karang struvite atau magnesium ammonium phosphate: akibat jangkitan saluran kencing yang kerap dan individu yang sentiasa mempunyai air kencing bersifat alkali (mungkin disebabkan selalu ambil aditif makanan beralkali tinggi secara berlebihan seperti serbuk penaik, soda bikarbonat, kapur kalsium karbonat, kalsium fosfat, sodium EDTA ).
3. Batu karang asid uric.
4. Batu karang cystine (cystinuria).

Batu karang oxalate (kalsium oxalate), batu karang asid uric dan batu karang cystine biasanya dirawat dengan mengalkalikan air kencing yakni dengan mengambil lebih makanan beralkali atau ‘alkaline ash diet’ iaitu kebanyakan buah dan sayuran, minum banyak air kosong 3-4 liter sehari  untuk melarutkan batu karang (kalau boleh air bersifat alkali seperti air bertapis, air bukit, air mata air, air telaga). Juga kurangkan pengambilan makanan berdaging (sumber protein daripada haiwan iaitu daging, telur, susu) kerana ia makanan berasid (acid ash diet).

Khusus untuk batu karang oxalate, kurangkan makanan yang tinggi kandungan oxalate seperti sayur bayam, badam, cashew nut, coklat, serbuk koko, buah & jus citrus (oren dsb), minuman kola, herba rhubarb, dan minuman teh. Bijirin juga perlu dimbil dalam kuantiti sederhana.
Pesakit terlantar akibat strok/lumpuh, dsb, juga kerap mendapat batu karang disebabkan mineral tulang yang terlarut keluar ke dalam aliran darah. Mineral berlebihan ini cuba dikeluarkan/dikumuhkan melalui ginjal. Pemendakan mineral seperti kalsium dsb menjadi batu karang bila ia tak dapat dikeluarkan melalui kencing. Tambahan pula jangkitan kuman pada salur kencing mudah & kerap berlaku pada pesakit terlantar.
Sebaliknya bagi batu karang struvite (batu karang yang terbentuk dalam medium air kencing beralkali), ambil lebih makanan berasid yakni daging, telur dan bijirin. Kurangkan makanan beralkali iaitu buah & sayuran. Tetapi dalam kedua-dua batu  karang berasid atau beralkali hadkan pengambilan susu kepada 1 pain/cawan sehari.Secara umum, kerap makan lobak putih dan jintan hitam bagus untuk melarutkan batu karang. Begitu juga degan herba misai kucing, berkesan untuk merawat batu karang. 


Herba Untuk Merawat Gout & Batu Karang (kristal asid urik)

Banyak herba  boleh digunakan untuk merawat gout dan batu karang. Setengah herba lebih berkesan melarutkan hablur pada sendi, dan setengah herba lebih berkesan memecahkan batu pada buah pinggang, pundi kencing dan salur kencing. Oleh itu kombinasi herba lebih bermanfaat merawat masalah kristal asid urik. 

Diantara herba yg berkesan adalah jintan hitam, halba, halia, cuka epal, buah ceri, lemon / limau nipis
, mahkota dewa, daun bidara, daun mengkudu hutan, buah mengkudu biasa. Halia pula dapat mengurangkan radang & sakit pada sendi.

Cadangan Rawatan
1. Diakol Plus mengandungi habbatus sauda, halba & halia : 2 biji 2x sehari. Ambil setiap hari.
2. Biosidr Drop mengandungi bidara, beluntas : 1 sudu besar 2x seminggu ATAU Proimmunz setengah sudu kecil/ 1 biji kapsul 3x seminggu.
3.  Selepas habis Biosidr Drop: Ambil  Teh Misai Kucing Plus: setengah sudu kecil  selang sehari. … ATAU… Teh Bidara Klasik: setengah sudu kecil 1x sehari untuk 3 hari berturut-turut. Kemudian ambil 2x seminggu.
4. Nutrishifax mengandungi madu , jintan hitam, halba, bijan : setengah sudu kecil setiap hari.
5. Madu Bidara mengandungi buah dan daun bidara, goji, halba, bijirin, kurma : Setengah – satu sudu kecil 2 kali seminggu. Ambil Madu Bidara pada hari tidak mengambil Biosidr Drop/Teh Bidara/Teh Misai Kucing 

Disediakan Oleh :  Bioshifax Marketing, Seremban.

Komen