23 Jun 2013

Rawatan keputihan dengan herba dan pemakanan.

Keputihan pada pandangan saya disebabkan oleh makanan yang mengotorkan darah iaitu darah menjadi pekat, berasid dan kurang oksigen . Sel darah merah yang melekat antara satu sama lain memudahkan kuman membiak dalam darah . Sistem imun juga menjadi lemah akibat makanan ini. Di antara makanan ini adalah ayam daging, daging lembu terutama daging kotak , telor ayam komersial yg mengandungi vaksin, hormon, antibiotik dan GMO (genetik). HVO (minyak sayuran terhidrogen ) pula memekatkan darah dan sel darah merah melekat antara satu sama lain . Makanan ringan yg banyak bahan kimia dan tidak berzat sepeti burger, sosej, nugget, mee segera, mee kuning , asam jeruk, gula-gula dsb, menyebabkan darah menjadi berasid, kotor dan pekat , kurang beroksigen.

Oleh itu makanlah makanan asli wholefoods. Ia boleh meningkatkan imun badan , membersih darah, meningkat oksigen darah, meningkat peredran darah, sel darah merah tidak melekat dan mengoptimumkan setiap fungsi organ.

Herba yang boleh merawat keputihan adalah manjakani, kunyit, jintan hitam, halba, sirih, beluntas, durian belanda, minyak kelapa dara. Khusus daun bidara dapat merawat keputihan dengan berkesan dan cepat.


Jika ada diabetes bersama keputihan, rawat kedua-duanya sekali menggunakan halba, jintan hitam, bidara, kayu manis. Sebagai intimate wash, guna campuran bidara, sirih, kayu manis, manjakani yg direndam dlm air panas, kemudian tapis.

Cadangan rawatan :

1. Teh Bidara @ Madu Bidara
2. Jus Nutri Kolagen
3. Nutrishifax
4. Diakol Plus & Diafax : jika ada diabetes
5. Multipurpose Organic Intimate Gel : Intimate wash and leave-on.

 

Komen